Tags

, , , , ,


Wartawan bersama Oleh

Ahmad Daman huri / Muhammad Syukri bin Mustapha

image

04hb Januari 2013, Greentown Business Centre -Satu panggilan kecemasan telah diterima oleh kami dari bank ini mengenai seorang manager mengarahkan dan mengesa kakitangan bawahan turut serta dalam jualan produk – produk bank serta   memasukkan data jualan individu ke dalam sistem capaian prestasi walau pun setelah pihak NUBE telah memberikan arahan supaya menghentikan semua jualan produk bank baru – baru ini. Dakwaan ini di terima melalui ahli NUBE dalam usia pertengahan yang menyatakan bahawa beliau telah ditegur dengan bahasa kasar di dalam bilik pengurus hinggakan beliau merasa tertekan,marah dan sedih ditegur sedemikian.

bonda

Bertindak atas dakwaan demikian, kumpulan kami ke banknya untuk menyiasat dakwaan ini dan seterusnya behasrat untuk berjumpaan pengurus jika ada di dalam banknya. Namun, kehadiran kami disambut dingin oleh ahli – ahli disitu yang seolah – olah tiada sebarang konflik yang timbul antara pengurusan dan ahli NUBE.

Walau bagaimanapun, hasrat kami untuk berjumpa pengurus berjaya dan komenya seperti berikut “saya tak paksa ahli NUBE untuk buat tugasan itu…terpulanglah kepada mereka menentukan…saya dimaklumkan oleh pegawai disini, ahli NUBE buat masa ini berhenti daripada menjual produk – produk bank” berkata demikian sewaktu mengulas pertanyaan kami di dalam biliknya.

Dalam hal lain, pengurus ini juga ada berkata yang beliau satu ketika dahulu merupakan ahli NUBE dan pernah aktif dalam aktiviti NUBE pada zaman GS terdahulu (Bro Shanmugam).Sejurus kemudian, kami memohon kepadanya untuk diadakan sesi perjumpaan ringkas dengan semua ahli NUBE disitu dan permintaan kami dipersetujui.

image

Selepas itu, perjumpaan ringkas yang diadakan antara kami dan ahli – ahli seramai 7 orang antara lain menyentuh dakwaan dan maklumbalas pengurus mengenai apa yang didakwa. Pelbagai isu – isu dibincangkan tetapi apabila menjurus kepada dakwaan sebelumnya, tiada sebarang komen diberikan daripada mereka dan hanya berdiam diri. Pada pendapat kami, ia agak “pelik tetapi benar” kerana kekurangan pengetahuan dan hak pekerjaan menyebabkan hak pekerjaan terhakis secara sendiri walaupun ahli – ahli disini adalah ahli NUBE.

Merujuk kepada perkara ini, kami sedang berusaha meningkatkan pengetahuan para dengan ahli – ahli NUBE berkaitan hak mereka sepertimana di dalam buku Perjanjian Bersama khusus terhadap cawangan ini demi meningkatkan keharmonian majikan dan pekerja di tempat kerja.

Untuk pengetahuan semua pembaca, cawangan ini merupakan cawangan contoh penjualan produk – produk bank di Malaysia kerana baru – baru ini mereka baru sahaja menerima pengiktirafan itu.

Laporan GGIT untuk berita NUBE