Tags

, , , , ,


Oleh Muhammad Syukri bin Mustapha

Mr-X-QuitThe925.com_Rumah Kesatuan, 10 Januari 2013 – Ketika NUBE Ipoh sedang sibuk berbincang mengenai persiapan piket CIMB Perangin Mall Pulau Pinang kami dihubungi oleh seorang pegawai bank yang mengadukan hal seorang ahli NUBE dicawanganya “Marloand” (bukan nama sebenar) yang bermasalah di Kampar Perak untuk pihak kami membantunya atas satu kes yang telah berlaku 6 bulan yang lalu untuk bantuan lanjut.

Sebelum itu, penulis pernah menghubungi ahli ini tetapi kesukaran menghubunginya menyukarkan tugasan kami selanjutnya. Namun setelah enam bulan berlalu timbul semula masalah kerana pihak audit telah datang ke cawangan berkenaan dan menyoal siasat kejadian sebenar.

Mengikut sumber dari “Marloand” setelah beliau datang sendiri kesini memberikan keteranganya kepada kami, beliau menyatakan kes Access (lebihan wang) pelanggan telahpun DITUTUP oleh managernya 6 bulan lalu tetapi kini beliau menghadapi pertuduhan serta diambil keterangan mengenai kejadian itu semula oleh pihak audit banknya.

Menurutnya lagi, kejadian yang berlaku sehari sebelum beliau pergi bercuti berkahwin itu katanya, berlaku kerana transaksi yang dilakukan oleh seorang pelanggan dikaunternya memasukan sejumlah wang ke akaun pihak ketiga “meragukan” setelah 2 minggu selepas kejadian. Setelah disemak transaksi tersebut oleh pegawai bank berkenaan, didapati “Marloand” telah memasukan jumlah yang salah semasa mendeposit akaun berkenaan dihadapan pelanggan itu. Cuma selepas 2 minggu berlaku kejadian barulah pelanggan itu sedar dan datang semula ke bank dan membuat pengaduanya.

Manager yang ketika itu yang akan memberhentikan perkhidmatan lagi seminggu ¬†dengan bank tersebut meminta Sdra “Marloand” ini menulis surat penjelasan mengenai situasinya sebenar dan menyelesaikan masalah ini dengan pelanggan. Jelasnya lagi, pelanggan berpuas hati dengan penjelasanya dan meninggalkan banknya setelah masalahnya selesai. Kemudian, manager dalam reaksi tenang didalam biliknya bersama “Marloand” memaklumkan kepadanya bahawa kes ini DITUTUP setelah beliau menerangkan dalam surat penjelasanya dan beliau amat berpuas hati apabila pelanggan itu tidak memanjangkan aduannya ke peringkat atasan.

Namun, setelah 6 bulan berlalu dan Manager tersebut berhenti kerja kes yang dikatakan DITUTUP manager itu datang kembali dan merunsingkan Sdra “Marloand” yang ketika ini dihalang buat sementara waktu menjadi juruwang gara – gara surat kepada Managernya itu. Beliau juga yang sebelum itu agak tidak mengambil berat kesnya itu serta tidak memberitahu secara jelas kesnya kepada kami akan berkemungkinan berhadapan dengan perbicaraan dalaman pihak banknya tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, pihak kami akan sedaya upaya akan membantunya jika laporan audit mensabitkan kesalahannya. Nantikan lanjutan kisah ini selanjutnya nanti…

Laporan GGIT untuk berita NUBE