Tags

, ,


Oleh Mohamad  Syukri bin Mustaffa
image

Slim River, 15hb Januari 2013 -Berbekalkan pengetahuan yg amat kurang & dengan sedikit penyamaran mudah, akhirnya GGIT berjaya menggempur 1 lagi cawangan di selatan negeri Perak dimana diberitakan kesemua 12 orang kerani telah menyertai kesatuan dalaman sebuah bank tempatan Kali ini kami berjaya membawa ahli – ahli kesatuan dalaman  yang dikatakan amat selesa dengan keadaan sekarang untuk membincangkan dan mengetahui istilah sebenar BERUBAH ANGIN yang pernah dinyatakan oleh salah seorang IRC yang telah pun dinaikkan pangkat tidak lama dahulu.
image

Atas usaha dan pengorbanan semua kategori terutamanya perkeranian, mereka berjaya berada di kedudukan 10 teratas di Malaysia, antara yang terbaik.
Namun tatkala appraisal di beri, kebanyakan kerani amat tidak berpuas hati dengan markah yang diberi, iaitu dibawah paras terbaik ie.77% and below.
Disaat hati dirundung gelisah, maka bangkitlah salah seorang kerani untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka.

image

Apa yg mereka minta adalah hak mereka sebagai pekerja yang juga telah sama2 berusaha keras bagi membawa branch tersebut sehingga ke peringkat sekarang.
Dimanakah janji2 akan diberi komisen,akan diberi markah yang tinggi sekiranya branch berjaya di puncak?? Sehinggakan pernah suatu hari salah seorang pegawai melemparkan sejumlah wang sambil menyatakan “nah,besar sangat ke duit kamu ni??!!” kepada kerani yang berani bersuara berkenaan.Kata kata kesat, “what the hell are u doing??!!” “bodoh” sering meniti dibibir pegawai branch tersebut.

Beginikah cara pihak pengurusan membalas budi semua kerani yang telah berhempas pulas dan yang tidak mengambil kira overtime sehingga menjadi top 10??

Oleh itu pada ketika ini, kehadiran NUBE amat diharapkan dan kesemua ahli yang telah memilih jalan pintas dengan menyertai kesatuan dalamanyang nyata tidak langsung membantu mereka pada ketika ini BERJANJI AKAN KEMBALI KE PANGKUAN NUBE..

Laporan GGIT untuk berita NUBE