Tags

, , ,


Oleh Rizal Yob Ip

Tiket(Gambar Hiasan Sahaja)

telefonRumah Kesatuan, 23hb Januari 2013 – Bulan ini sahaja pihak penulis banyak menerima aduan ahli – ahli NUBE berkaitan tiket kaunter pelanggan dibank yang cuba dimanipulasi oleh pengurusan setempat bank masing – masing demi mencapai “target” ataupun “performance” mereka.

Tiket yang seolah – olah dipermainkan seperti Tiket Loteri ini telah menyebabkan ahi – ahli kita yang bekerja sebagai teller kerunsingan akan permainan yang dimainkan kepada tiket – tiket ini. Pegawai telah menekan nombor – nombor yang telah mereka telah tekan di kaunter pertanyaan kemudian mengarahkan teller menekan nombor berkenaan di sistem menekan nombor digital ditemapt teller itu sedang bertugas.

Agak malang bagi teller ini adalah mereka terpaksa menakan nombor Рnombor ini  bertalu Рtalu hinggakan timbul persoalan adakah ini dikatakan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh seorang juruwang. Bahkan daripada itu, ada kalanya pegawai menggunkan kesempatan menekan sendiri nombor Рnombor terbabit ditempat teller tanpa pengetahuan teller itu.

Lebih malangnya lagi jika berlaku keadaan iaitu teller diarahkan menekan 2 nombor serentak yang mengakibatkan pelanggan kedua dikehendaki berdiri dihadapan kaunter dibelakang pelanggan pertama agak lama terus mencetuskan kemarahan pelanggan itu dan seterusnya pertengkaran.

Namun, cabarannya kini bukan sahaja teller terdedah dengan bahaya dimaki hamun oleh pelanggan ataupun memanipulasi tiket ini tetapi cara kerja ini adalah bukan perbuatan kerja yang berfaedah semata – mata menjaga bonus pihak pengurusan setiap tahun yang akan “lepas tangan” jika pelanggan marah atau dikenakan tindakan disiplin oleh bank kepada teller terlibat.

Renung – renungkanlah adakah ini budaya kerja yang selamat

Laporan GGIT untuk berita NUBE