Tags

, , , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh

Urusan seri paduka bagindaRumah Kesatuan, 25hb Januari 2013 – Bulan ini sahaja penulis dihujani panggilan berantai daripada ahli – ahli NUBE yang kesal kepada pengurusan masing – masing yang merumitkan ketika untuk mengambil cuti tahunan untuk urusan keluarga ataupun peribadi.

Memandangkan cuti – cuti yang diminta pada awal tahun atau hujung tahun selalunya dirumitkan saban tahun oleh pengurusan masing – masing atas kaparsiti kekurangan kakitangan jika dibenarkan ahli kita yang juga kakitangan bank berkenaan mengambil cuti. Alasan mudah adalah bagi menjaga sistem “Q” daripada menerima kegagalan pada bulan berkenaan.

Situasi ini sememangnya memberikan tekanan kepada penguursan tetapi mereka sering mencari helah yang tidak munasabah hinggakan cuti kita diminta diputuskan sesama sendiri jika berlaku pertindihan tarikh antara satu kakitangan dengan satu kakitangan yang lain yang ingin bercuti serentak. Malangnya adalah pihak pengursan hanya “lepas tangan” dan membiarkan keadaan ini berlarutan dan menambah kekeliruan dan salah faham antara kakitangan tambahan pula sesama ahli NUBE.

Dalam keadaan lain, seorang yang ingin bercuti telah diminta pengurusan untuk meminta cuti lebih awal daripada tarikh yang dikehendakinya. Namun lain pula jadinya kerana setelah meminta cuti 3 hingga 6 bulan lepas tetapi manager masih belum menentukan pengesahan cutinya hinggalah kesaat akhir baru manager tersebut menyatakan keengganan bagi pihaknya untuk membernarkan kakitangan mengambil cuti tersebut.

Bayangkanlah jika seorang kakitangan itu telah menempah atau telah berjanji dengan keluarga untuk bercuti dan menepah tiket kapal terbang serta telah “booking” hotel, home stay atau lain – lain, akan wujud pembaziran dan juga “bermasam – muka” antara ahli keluarga akibat cuti tidak diberikan. Inikah yang kita mahu atau kesalahan ini menjadi kesalahan sendiri kepada individu yang ingin bercuti tetapi tidak diberikan cuti oleh managernya.

Penulis menyokong pihak pengurusan jika mempunyai rasa hormat kepada hak pekerjaan dengan prihatin dengan masalah kakitangan yang ingin bercuti tetapi penulis juga menolak sebarang penindasan atau “double standard” dalam pemberian cuti yang tidak adil kepada kakitangan.

Renungkanlah sambil kita berharap pihak pengurusan ada rasa tanggung jawab sosial sambil kepada ahli – ahli kita dan jaga merumitkanya seperti “Urusan Seri Paduka Baginda”

Laporan GGIT untuk berita NUBE