Tags

, , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh

manjung-thumbKhamis, 24hb Januari 2013 – Tempoh hari dalam lawatan kami ke Manjung Perak telah dimaklumkan oleh seorang ahli NUBE bahawa belaiu kini dalam delima ketika penolong pengurusnya yang lebih muda daripadanya berlagak sombong dengan menekan kakitangan bawahan sama seperti “budak hingusan”

Kerja yang diarahkan semuanya atas dasar “gertakan” dan “menakut – nakautkan” kakitangan bawahan sehingga mereka bekerja dalam ketakutan. Layanan burujk ini diterukkan lagi dengan  menghalang kakitangan bersembang atau bercakap sewaktu bekerja.

Dalam hal berkaitan ini, terjadinya satu isu di mana seorang teller bercakap dengan teller besebelahannya tentang satu yang peribadi antara mereka selepas melakukan satu transaksi dikaunter hadapan pelanggan. Namun pelanggan yang melihat keadaan itu telah berbisik kepada rakannya diluar bank yang kemudian memaklumkan tingkah laku teller – teller itu ke Customer Care Centre di Kuala Lumpur.

Laporan itu disambut oleh pihak disana yang terus menghubungi penolong pengurus ini yang bertindak menegur dengan bahasa kesat hinggakan teller berkenaan hilang “mood” pada hari berkenaan. Agak memalangkan kerana dengan laporan pelanggan yang mungkin berniat peribadi telah menyebabkan teller ini terkena “maki hamun” hingga di gertak oleh penolong pengurus ini yang mahu memberikani “Warning Latter” atas kesimpulan aduan pelanggan berkenaan.

image

Selain itu, dari segi mengambil cuti juga agak merumitkan kerana penolong pengurus ini sekali lagi telah “memangkah” di kalendar kudanya pada tarikh – tarikh berkenaan pihak kakitanganya tidak boleh mengambil cuti sewenang – wenangnya. Ini menambahkan rasa tidak selesa kakitangan disini yang amat runsing akan tindak tanduk penolong pengurus itu.

Ketika ditemuai teller ini meminta pihak kami memberikan pendapat dan pandangan untuk mengatasi masalah dia dan rakan – rakan yang lain. Pihak kami telah memberikan nasihat yang sepattunya kepadanya dan rakan – rakan supaya keadaan ini diatasi segera sambil kami memantau dari masa ke semasa keadaan ini dicawangan ini.

Laporan GGIT untuk berita NUBE