Tags

, , , ,


Oleh Mentol Bulat

tukang cuci

(Gambar – gambar di blog ini hanya hiasan sahaja)

Gerentown Business Centre, 01hb Februari 2013 – Rencana ini berlainan dengan selalu ditulis oleh penulis sebelum ini, ia kerana ditulis mengenai apa perbezaan antara seorang individu berkesatuan dengan tidak berkesatuan. Tambahan pula syarikat outsourcing yang dilantik akan mengikut apa sahaja kata – kata yang lahir daripada pemberi kontrak (bank) dan tidak berupaya berkata atau berbuat apa – apa.

Kisah yang menyayat hati ini terjadi di sebuah bank ternama disini yang menindas dan menghukum seorang wanita lewat 50an seorang warga asing Indonesia yang di “tendang” keluar dari pekerjaanya akibat fitnah yang dilemparkan kepada makcik Indon ini sehingga beliau kehilangan pekerjaanya.

Kejadian ini bermula setelah makcik Indon ini mengambil cuti sakit selama 2 hari akibat demam dan akibatnya majikan yang mendengar hasutan daripada pengurusan bank tersebut dengan pantas memecatnya dari pekerjaanya. Beliau yang akan tamat perkidmatan pada bulan Oktober 2013 amat terkilan dan bersedih angkara perbuatan fitnah yang disabitkan keatasnya sehingga beliau hilang kerjanya kini.

cleanerMenurutnya lagi, beliau mengetahui beliau dipecat apabila majikanya yang mengarahkan beliau bekerja disitu menyatakan beliau harus berhenti kerana pihak pengurusan bank itu mendakwa mereka tidak sukakan tingkah lakunya bekerja selama 10 bulan disitu dan minta menukarkan dengan “clearner” yang lain. Selain itu, pengurusan bank berkenaan menambah banyak kesalahan yang dibuatnya antaranya tidur diwaktu berkerja, tidak pembersih dan lain – lain.

Dakwaan ini diterima oleh majikan Makcik Indon ini “bulat-bulat” dan serta merta memecatnya sampai Makcik Indon ini menangis kesedihan yang termat “Demi tuhan makcik amat terkilan sekali…mereka menghukum makcik dengan tuduhan tak betul…sesungguhnya makcik berdoa supaya mereka diberi balasan” menurutnya lagi.

Amat tidak betul dakwaan berkenaan kata makcik Indon yang membidas dakwaan tersebut dengan penuh perasaan menyatakan kebaikanya biarlah tuhan yang sahaja yang melihatnya tetapi hatinya amat terguris dengan firnah itu sambil menyatakan beliau amat berat untuk meninggalkan tempat kerjanya sekarang bersama linangan air mata seorang ibu yang mempunyai 11 anak dan 5 cucu itu ketika ditemui oleh penulis.

cuciKisah ini adalah kisah benar terjadi kepada individu yang tidak berkesatuan dan bekerja di bawah syarikat outsourcing manakala kita yang berkesatuan harus meilhat keadaan ini jauh lebih baik berbanding Makcik Indon ini yang tidak boleh berkata apa – apa dalam memperjuangkan haknya sebagai seorang pekerja.

Apa yang kita boleh pelajari dari kejadian ini adalah untungnya kita yang berkesatuan kerana kita masih dilindungi oleh Perjanjian Kolektif kita yang penuh penghormatan dan berprinsip seperti mana diawah Artikal 15 (Transfer) di dalam buku perjanjian bersama MCBA/NUBE. Namun, percubaan pihak majikan untuk membawa masuk syarikat outsourcing masih tidak berjaya, ini kerana adanya kesatuan yang masih berprinsip teguh seperti NUBE (National Union of bank Employee)

Renungkanlah dan fikir – fikirkan lah nasib jika kita tidak berkesatuan serta nikmat yang telah wujud dengan adanya kesatuan sekerja yang mewakili kita kini.

Laporan GGIT untuk berita NUBE