Tags

, , , , ,


Oleh Mentol Bulat

DSC_2663Sungai Siput, 05hb Februari 2013 – Penderitaan mental dan emosi ahli – ahli NUBE di sini mendapat perhatian kami setelah berkali – kali ahli kita disini, mengadu dan merintih duka kepada kami sejak akhir – akhir kini. Masalah yang timbul adalah mereka sanggup lagi menelefon kami sana dan kesini semata – mata untuk meluahkan perasaan tertekan mereka ketika pegawai menekan mereka di pejabat takkala pegawai dan menagernya bersenang lenang di pejabatnya.

DSC_2664Perhubungan antara kami dan ahli disini amat baik kerana mereka ini boleh melaporkan sesuatu kejadian ditempat mereka kepada kami melalui telefon untuk meminta pertolongan kami. Malangnya adalah apabila kami mengunjungi cawangan mereka tidak ada apa isu atau aduan diterima malah mengatakan “tiada” masalah disini. Ini dibuktikan setelah beberapa kali kami ke tempat ini tiada sebarang aduan diajukan bahkan kedatangan kami pun tidak diendahkan.

Namun, hasrat murni kami untuk membantu diteruskan takkala kami menggempur cawangan ini dengan meminta salah seorang IRC memaklumkan kepada pengurus atau penolong pengurus kami mahu berjumpa denganya serta mengadakan mesyuarat di cawangan berkenaan dalam siri jelajah kami ini.

DSC_2661Sekali lagi kami dikejutkan oleh yang berkenaan bahawa pengurus diberitakan telah meninggalkan cawangan berkenaan manakala penolongnya bercuti. Serentak itu beliau mengatakan “kita postpond ke hari lain sajalah…Manager tak de…ABM cuti…tinggal officer in-charge…dia sibuk dan tak boleh buat keputusan…apa yang penting sangat hari ini yee…kami tak boleh cepat – cepat sebab tak habis balancing lagi..mahu kul 6 ke 7 baru habis” katanya dalam keadaan kelam kabut dan Gabra gile.

DSC_2667Kami terus memintanya untuk diadakan mesyuarat khas di dalam banknya sebaik sahaja mereka semua habis kerja tetapi lain pula ceritanya terjadi. “Kakak punya kaki ni sakit bengkak – bengkak doktor pakar tak bagi akak surat tukar dr Pakar lain tengok masalah kakak ni” katanya lagi untuk mengelak permintaan kami. Dalam pada masa yang sama, kami mendengar “suara – suara yang kuat” timbul daripada percakapan pegawai – pegawai disitu yang berkata “mau buat meeting ka…sampai pukul berapa…pukul 4;45 ka…kerja belum lagi siap mau meeting ka..” suara tercetus apabila ahli yang berkenaan bertanyakan kepada salah seorang pegawainya.

DSC_2665Gesaan terus kami buat kepadanya supaya beliau berusaha mengadakan mesyuarat khas dibanknya dengan “permision” manager dan kami menyatakan kepadanya untuk keluar dari banknya menuju ke gerai minuman disebelah bank. Tidak lama selepas itu, penulis dihubungi semula oleh ahli yang berkenaan yang berkata “Manager tak balik branch dah boleh kita tukar hari lain tak…sebab dia balik terus ke rumah laaaa…” menurutnya lagi.

Beliau juga sempat mencelah yang ahli di banknya ada berhadapan masalah pegawai menekan nombor “Q” time, menjerit kepada teller, masalah kewanangan peribadi dan juga “latest information” berkenaan NUBE. Beliau cuba melarikan pertanyaan kami yang berharap dapat diadakan mesyuarat di dalam banknya. Walau pun dihujani dengan alasan demi alasan kami tetap bersabar dan terus mengesanya untuknya berusaha ke tujuan kami yang asal iaitu bermesyuarat dengan ahli – ahli disitu walaupun dengan ketiadaan manager dan penolong mengurusnya.

DSC_2662Usaha kami berjaya juga akhirnya setelah ahli yang berkenaan memaklumkan kepada penulis bahawa pihak pengurusanya membenarkan kami menjalankan sesi mesyuarat khas bersama ahli – ahli pada jam 4:45 petang. Kami yang kemudian sampai dicawangan berkenaan dan berasa hairan kerana semua teller tunduk dan buat kerja seolah – olah tiada apa yang terjadi.

Setelah hampir menunggu hampir 10 minit barulah mereka keluar dari kaunter dan bertemua kami di “banking hall” dan beramah mesra dengan kami. Kami memulakan bicara yang hadir dan bertanyakan kepada yang hadir bahawa wujud beberapa tekanan membelenggu ahli – ahli di cawangan ini. Jawapan yang diterima adalah “membisu”. Setelah hampir menunggu 5 minit barulah keluar soalan pertama yang bertanyakan masalah “Q” time dan sebagainya.

DSC_2666Pada pemerhatian kami kepada pembaca sekalian masalah wujud di cawangan ini adalah perasaan takut yang teramat sangat kepada pegawai telah mengganggu keharmonian ditempat kerja kerana tindakan “membisu” telah diambil kesempatan pihak pengurusan untuk “menutup mulut – mulut tempayan daripada ternganga daripada dimasuki air” mengakibatkan mereka tidak mampu melakkukanya walaupun tertekan.

Justeru itu, dalam kata – kata kami pada petang itu, kami telah memberikan kembali kepada mereka semangat mereka ynga telah hilang untuk mengembalikan maruah pekerjaan mereka di tempat kerja mereka. Harapan kami yang amat tinggi adalah mengharapkan ada sinar perubahan dibank berkenaan.

Laporan GGIT untuk berita NUBE