Tags

, , ,


Oleh Mentol Bulat

image

Jelapang, 08.02.20130 – Ia mengesahkan selongok ahli yang ketakutan bercampur “segan menegur” pegawainya yang buat salah diwaktu kerja.

image

Mereka ini tahu ia satu yang salah malah tetapi tak berpuashati apabila pegawainya itu berdiri disebelahnya dan menekan nombor Q time tanpa dibendung serta lebih teruk daripada itu, wang pelangan diterima oleh pegawai yang bediri itu dan mengiranya kemudian mengarahkan wang itu masuk ke laci teller dan teller terpukau dengan kata – kata pegawainya itu terus memasukan wang tanpa dikiri terlebih dahulu oleh teller.

Dalam situasi sama, berhampiran musim perayaan Tahun Baru Cina kebanyakan kaunter disini terlibat image

dengan proses tukar wang “Hari Raya” dan teller juga diarah menukarkan wang pelanggan yang bermacam – macam warna dan nilai, maka sekali lagi pegawai masuk campur menukar bersama teller wang – wang baru ini.

Ralatnya adalah pegawai yang gagal mengendalikan pelanggan yang “mahu cepat aje” daripada pelanggan “bersabar” telah mengesa pelanggan “mahu cepat aje” ke kaunter dan memotong “Q” serta menukar wang – wang yang dikehendaki tanpa melihat kesibukan teller yang pada masa sama menukar wang – wang “Hari Raya” untuk pelanggan jenis “bersabar”.  Akibtnya berlakulah pertengkaran antara 2 jenis pelangan ini menuduh teller tidak cekap ditambah lagi tuduhan liar iaitu “double standard”. Pegawai yang tadinya sebagai orang tengah lari meninggalkan kaunter, tinggalah teller berseorangan menjawab serangan demi serangan dari pelanggan yang keliru lagi tak berpuas hati itu.

Hal ini menyebabkan teller yang “kepanasan” itu, mula merungut dan mengadu hal kepada rakan lain sebelum rakannya itu memaklumkan wakil kesatuan didalam cawanganya. Tempoh yang lama lebih 2 minggu kejadian ianya telah diambil untuk menyampaikan isu ini kepada wakil kesatuan didalam banknya sepertimana dilaporkan kepada penulis.

image

Maklumat ini segera diambil oleh wakil kesatuan sekerja Nube (IRC) telah berbincang dengan pihak pengurusan sedangkan teller yang terlibat terus membisu. Hasilnya, pihak pengurusan telah bersetuju menghentikan “gejala kurang sihat” dengan serta merta dan berjanji mengarahkan pegawai – pegawainya tidak mengulanginya lagi.

Tindakan itu bagaimanapun telah menyebabkan teller terlibat “kurang senang” dengan pengaduan itu dan mereka telah “bergosip” sesama sendiri yang mengandaikan IRC disitu telah mengeruhkan keadaan antara mereka dan pegawainya sedangkan nasib mereka secara langsung telahpun dibela oleh orang kesatuan.

Andaian yang tidak tepat itu telah didengar oleh wakil kesatuan (IRC) ketika mereka sedang leka “bergosip” dikaunter telah menyebabkan beliau menegur dan membidas secara terbuka andaian liar kawan – kawanya itu kerana beliau bersusah payah menyelamatkan keadaan kerja mereka dengan menemui manager tetapi ketidak kesanggupan mereka menegur pegawai kerana takut hubungan terjejas.

Menurutnya lagi, beliau telah menyindir semua teller dicawanganya yang bermaksud seperti tajuk utama diatas, keburukan beliau mengadu masalah kepada pengurusan dibank biarlah dia seorang sahaja yang memikulnya tetapi ahli lain tidak menunjukkan dan nampak mereka tidak berpuas hati.

Laporan GGIT untuk berita NUBE