Tags

, , , ,


Oleh Mentol Bulat

cita-bankIpoh, 13hb Februari 2013 – Tentunya pembaca sekalian tertanya – tanya persoalan kepada tajuk diatas yang menunjukan kearah pegawai dibank. Soalnya adalah mengikut tinjauan dan rugutan daripada pegawai yang dahulunya mempunyai keahlian NUBE, mereka mula bersuara “merungut” tak kala mereka terbeban masalah pekerjaan baru mereka setelah menerima jawatan pegawai tempoh hari dan meninggalkan kesatuan NUBE. Bagi mereka yang masih berstatus pegawai yang mempunyai kesatuan di dalam skop kerja pegawai, mereka ini masih lagi dilindungi oleh kesatuan masing – masing manakala yang tidak berkesatuan “Alamak” malang yang menimpa mereka.

downloadPenulis ingin membawa satu pengalaman dari cerita sebenar penulis tempoh hari setelah menerima satu panggilan telefon daripada salah seorang bekas ahli NUBE dan kini telah menerima kenaikan pangkat ke jawatan pegawai. Beliau yang dahulunya salah seorang yang aktif dalam kesatuan sekerja NUBE dan juga individu yang berjuang mempertahankan prinsip Hak Pekerjaan kini dibelenggu masalah tekanan di tempat kerja sehingga berhasrat untuk turun pangkat ke jawatan perkeranian jika dibenarkan oleh pihak majikan.

imagesAmat “gelisah dan tertekan”, itulah dapat dibayangkan dari nada suara dan alunan percakapannya dengan penulis membuatkan penulis mengibaratkan abang “X” telah memilih situasi yang salah dalam “work life” sedangkan sebelum ini beliau tidak dibelanggu masalah kerja di tempat kerjanya sebelumnya. Beliau menyatakan bahawa dirinya kini semangat untuk ke pejabat luntur apabila pihak majikan memberikan tekanan demi tekanan dari segi “Operation” atau pun “Sales & Marketing” hinggakan hilang selera makan dan daya tumpuan. Lebih teruk lagi, mod bekerjanya tak tentu arah hingga malas nak ke pejabat setiap hari.

feedback online review cartoon Linchi Kwok BlogSering kali dalam perbualan telefon dia mengucapkan kata – kata “Aku hari – hari kena bambu dengan boss sebab sales tak de “figure”, pas tu depatment abg banyak tak “comply” kolum itu tak sign ini tak sign, lagi kena bambu dengan email lagi itu tak jawab ini tak jawab email, ada lagi Centre KL tekan lagi ATM (Automated Terminal Machine) dan CDT (Cash Deposit Terminal) ada masalah aku yang jawab kadang – kadang tak jawapan yang berikan..apa lagi dema yang KL ini “Semburlah” abg dengan kata kasar macam abg tak bermaruah…boss pulak kata you settle lah sendiri..itu jawapannya” menurutnya lagi menjelaskan keadaanya.

Tambahnya lagi, beliau juga perlu berulang – alik ke bank jika berlaku sebarang masalah di bank seperti masalah ATM atau CDT atau pun masalah lain kerana beliau ditugaskan memegang kunci bank sebagai rumah keduanya. Katanya menyambung luahan rasa berkata “Abg naik gaji hari tu dalam RM300.00 sahaja bila baru ini bank ada bagi lagi naik gaji aku dinaikan kurang dari RM200 berbanding dengan pegawai lain semua naik ada yang RM500 dan keatas, abg rasa tak adil mereka buat begini pada abg..kalo NUBE naik gaji nanti abg ingat nak minta turun balik ke kerani..lagi best tak tertekan macam ne..tengok kome semua reliks je ke bank tak de manager nak tekan sangat kamu semua”.

images (1)Penulis menyedari bahawa tujuan abg “X” menelefon adalah untuk mengetahui perjalanan perbincangan Perjanjian Kolektif yang sudah berada di Mahkamah dan harapanya adalah pihak NUBE bila nak sign CA? boleh dapat “Arease” dan “Naik Gaji” masa kerani dahulu tetapi cerita sebaliknya timbul iaitu masalahnya ditempat kerjanya kini kini dibelanggu perasaan ingin kembali ke tugasan dahulu sebagai seorang kerani.

71014_moneyhappiness_vl-verticalApa yang dilihat daripada keadaan ini adalah majikan menaikan gaji dan pangkat Abg “X” ini untuk mengaburi matanya dengan melihat $$$ (Ringgit Malaysia) sahaja  dan pangkat (bergelar) tetapi beliau tidak sedar bahananya. Oleh demikian ia seolah – olah memberikan “Chewing Gum” yang berwarna menarik dan menguyahnya sedap tetapi akhirnya hilang nikmat cantik dan manis serta yang tinggal pahit dan tawar diakhir kunyahan.

Laporan GGIT untuk berita NUBE