Tags

, , , , , , , , ,


Oleh Mentol Bulat

Jelajah NUBE (Kedah Perlis) - 22 + 23.02Kemeriahan dan keceriaan semua ahli – ahli NUBE yang hadir lebih 100 orang bagi setiap kawasan yang berpakaian MERAH menyala ke Jelajah Piket CIMB Bank kali ini  telah mencipta sejarah baru dalam siri jelajah perhimpunan aman NUBE di utara tanahair seperti di Kulim Kedah, Sungai Petani, Kedah, Alor Setar, Kedah dan Kangar Perlis, membukti Slogan MSS (Masa sudah sampai) terlaksana juga akhirnya perancangan di dua negeri Jelapang Padi Malaysia ini.

DSC_2774Piket aman yang telah mengumpulkan lautan Merah ahli – ahli NUBE seluruh Semenanjung Malaysia dari Perlis hingga ke Johor telah memberikan isyarat jelas ke CIMB Bank bahawa tuntutan ahli – ahli NUBE tidak boleh diringankan dan jangan dipermainkan lagi oleh majikan yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan dan  pimpinan 1Malaysia.

DSC_2924Teriakan dari para pemiket yang hadir membuktikan bahawa sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan CIMB Bank hinggakan ahli – ahli dari CIMB Bank memperwatakan jiwa “Lepas Geram” di setiap siri piket – piket yang dilangungkan di ketiga- tiga tempat iaitu di Kulim Kedah, Sungai Petani Kedah, Alor Setar Kedah dan juga Kangar Perlis.

DSC_2814Slogan – slogan yang dibawa dari setiap mukim, daerah dan negeri (lihat kepada gambar – gambar yang boleh dilihat di “Flickr”) di jelmakan di piket ini melaui kata hati ahli – ahli NUBE terutama di CIMB bank yang cukup – cukup tertekan, tertindas, teraniya dan terhina dengan sikap pengurusan CIMB terutamanya Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO). Selain itu, tindak tanduk bank ini melewatkan proses kenaikan gaji dan faedah – faedah kebajikan serta perubatan amat mengecewakan ahli – ahli NUBE keseluruhan yang berjumlah hampir 35,000 orang.

Rentetan berita di setiap kawasan adalah seperti berikut:-

DSC_2784Jam 10:00am – 10:30am, 22hb Februari 2013 (CIMB Kulim Kedah) – Seramai lebih 300 orang berkumpul dihadapan CIMB Bank Kulim untuk berpiket serta menuntut hak pekerjaan dan mencipta sejarah pergerakan kesatuan sekerja di kawasan ini  buat julung kalinya diadakan disini.

Ramai rakyat di Kulim Kedah amat teruja dengan perhimpunan ahli – ahli NUBE ini yang ternyata memberikan kesan pengetahuan bahwasanya majikan seperti CIMB memperkudakan kakitangan bawahan tanpa pertimbangan. Ini dapat di saksikan dengan jelas apabila orang ramai berkumpul sekitar halaman bank ini untuk menyaksikan para – para pejuang NUBE berpiket. 

Pihak pemiket telah mengedarkan risalah kepada rakyat di Kulim Kedah menerusi risalah yang tersedia ada kepada pejalan kaki, penungang motosikal dan pemboncengnya, pemandu kereta, lori dan bus serta orang awam yang berurusan dibandar ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang mejaga keteraman awam pada hari ini walau pun berlaku sedikit ketegangan semasa piket berlangsung (laporan akan menyulus kemudian)

******************************************************************

DSC_2810Jam 12:00pm – 12:30pm, 22hb Februari 2013 (CIMB Sungai Petani Kedah) – Sorakan dan teriakan pemiket telah mewujudkan situasi “Gamat” selama 30 minit sebelum ahli – ahli NUBE menuju sembanhyang Jumaat dalam hari ini dalam sejarah kesatuan sekerja NUBE di kawasan ini.

Lebih 100 orang ahli – ahli NUBE sekali lagi mempamerkan semangat juang “Solidariti” kesatuan sekerja demi mempertahankan hak pekerjaan dan perjuangan kebajikan dan perubatan daripada dicerobohi oleh majikan seperti CIMB.

Piket yang berakhir 30 minit kemudian telah menyaksikan oarang ramai dan rakyat di kawasan ini diberikan risalah pada mereka menyaksikan pada pendemo sedang berpiket disini. Orang ramai yang berkumpul menyaksikan acara singkat ini amat terpegun dengan para pemiket yang beraksi menari tarian artis popular korea PSY “Oppa Gangnam Sytle” .

Dalam pada yang sama kami mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang menjaga dan mengawal pergerakan lalulintas serta ketenteraman awam.

******************************************************************

DSC_2852Jam 05:00pm – 06:00pm, 22hb Februari 2013 (CIMB Alor Setar Kedah) – Melalui jalan utama ke bandar Alor Setar para pemiket kesemuanya telah sekali lagi berhimpun dan mennujukkan semangat juang tinggi walaupun “berpanas” dihadapan kira – kira 200 orang yang hadir berpiket pada petang ini.

Sambutan rakyat di Alor Setar sama seperti piket sebelumnya di Kulim dan Sungai Petani tetapi yang menariknya adalah penduduk sekitar Alor Setar diandaikan memahami tujuan piket NUBE diadakan pada petang bersejarah ini.

Ini dibuktikan dengan beberapa orang awam sanggup menunggu piket sejam ini diadakan sehinggalah tamat dan bilanganya semakin bertambah setiap minit hingga memenuhi dikiri kanan jalan.

Walau bagaimanapun, pihak PDRM dengan ketangkasan mereka mampu mengawal piket aman ini daripada dicemari oleh unsur tidak baik. Mereka telah memastikan keadaan terkawal terutamanya pada masa edaran risalah kepada orang ramai ketika orag ramai berhenti dipersimpangan lampu berisyarat.

Gelombang Merah yang membawa imej kesatuan sekerja NUBE amat menghormati agama Islam dengan memberikan laluan AZAN ASAR berkumandang walau pun kami sedang berdemonstrasi tetapi kami boleh mengawal perasaan kami.

******************************************************************

DSC_2891Jam 10:00am – 11:am, 23hb Februari 2013 (CIMB Kangar Perlis) – Angka yang cukup menakjubkan telah terjadi di piket ini kerana bilangan yang hadir berpiket adalah yang teramai sekali melebihi 400 orang. Ini boleh dilihat kerana hampir separuh jalan digunakan hingga menjadikan lalulintas agak sedikit sesak.

Namun ketangkasan PRDM dan uniit khas NUBE lalulintas berjaya mengatasi maslaah berkenaan dan piket berterusan hinggalah tamat diadakan. Bilangan yang begitu ramai ini telah menarik pelbagai lapisan masyarakat melihat secara “live” apa makna “Piket” dan makna perjuangan menuntutu hak pekerjaan, kebajikan dan perubatan yang lebih baik khususnya sektor perbankan.

Gelombang merah telah berjaya menawan bandar Kangar setelah ramai orang hadir melihat secara dekat karnival ini diadakan. Antara tarikat berkenaan adalah nyanyian, tarian, jeritan dan laungan semangat serta bunyi – bunyian yang menghangatkan suasana sekitar. Tambahan pula para pemikit telah menyanyikan beberapa lagu patriotik seperti “Barisan Union” dan lagu tarian PSY “Oppa Gangnam Sytle”

Laporan GGIT untuk berita NUBE