Tags

, , , , , , , ,


Oleh Mentol Bulat

Jelajah NUBE (Port Dickson Melaka) - 01 + 02.03Port Dickson, 02hb Mac 2013 – “Marilah kita sama – sama sedekahkan “Al fatihah” kepada 2 anggota yang ditembak mati di Lahad Datu oleh tentera penceroboh Kesultanan Sulu dan semoga rohnya dicucuri rahmat” dipetik daripada Sdra Dauzkaply yang berdoa bersama ratusan ahli Nube dan rakyat yang hadir disini sebelum memulakan piket dihadapan CIMB Port Dickson

DSC_2831DSC_3010DSC_2826Para peserta piket dan orang ramai yang hadir berdiam diri seketika dan memberikan penghormatan diiringi bacaan doa oleh Sdra Dauzkaply yang juga Pengerusi Seremban, Melaka, Johor. Dalam pada itu, beliau berdoa agar pihak majikan mendengar rintihan pekerjanya supaya tidak terlampau sombong dan angkuh terhadap pekerja berjawatan bawahan di CIMB.

Sejurus kemudian para pemiket memulakan program berpiket di CIMB yang mendapat perhatian luar biasa penduduk tempatan yang mahu melihat cerita sebenar yang hendak disampaikan oleh NUBE.

Beberapa pemimpin Nube telah memberikan ucapan mereka yang bertenaga dibawah sinar matahari yang terik tetapi semangat perjuangan pemiket tetap utuh. Pihak NUBE juga menyatakan penghargaan tinggi kepada PDRM yang menjaga kesejahteraan kepada para pemiket dan lalulintas.

image

Terdahulu kelmarin 01.03.13, pihak NUBE juga melakukan piket dibeberapa negeri di negeri Melaka dalam jelajah piket ke negeri kelahiran Hang Tuah. Antaranya adalah di CIMB Masjid Tanah, CIMB Cheng dan CIMB Jalan Hang Tuah.

image

Namun yang menariknya adalah penduduk setempat amat “terkejut” piket dibuat ditempat mereka. Contohnya di Masjid Tanah, penduduk keluar ke jalan beramai – ramai melihat ahli – ahli NUBE berpiket sepertimana juga di Cheng dan sama juga di Jalan Hang Tuah.

image

alt=”image” src=”https://lampudanmentol.files.wordpress.com/2013/03/wpid-dsc_2815.jpg” />

Pemerhatian penulis jelajah kali mencapai tujuan asal Nube untuk terus menyampaikan maklumat dan situasi yang berlaku kepada pekerja bawahan di CIMB bank
image

Laporan GGIT untuk berita NUBE