Tags

, , , , ,


Oleh Mentol Bulat

Berbaju Merah tanda perpaduan dan semangat juang adalah simbol kepada para pemiket – pemiket yang berjaya mempersembahkan isi hati mereka di medan piket di beberapa cawangan bank CIMB di Perak yang menuntut pihak majikan mereka mendengar tuntutan supaya dibincangkan dengan baik daripada membisu dan tidak diendahkan oleh majikan ini.

Jelajah NUBE (Ipoh) - 08.03.2013~09.03Bermula di CIMB Kampar dalam hari ini dalam sejarah pada Jumaat, 08hb Mac 2013 @ 9:30 pagi, kehadiran ahli – ahli NUBE setempat termasuklah pegawai – pegawai utama serta exco NUBE pusat telah hadir ke bank ini untuk berpiket selama setengah jam untuk memberitahu rakyat di Kampar bahawa penindasan di bank ini telah berlaku dan sedang berlaku kepada warga pekerja bawahan di bank berkenaan.

DSC_3049Suasana sekitar mulai sesak dengan warga di Kampar mula berhenti dan melihat para pemiket berpiket dihadapan CIMB ini seperti suasana baru untuk rakyat di Kampar. Selain itu, lalulintas menjadi sibuk setelah semua kenderaan yang melalui hadapan CIMB ini memperlahankan kenderaan masing – masing untuk melihat para pemiket menari, berdendang, memalukan kompang dan gendang serta menyayikan lagu – lagu yang dibawa oleh kumpulan berbaju merah ini.

DSC_3071Sambil itu, piket ini juga mendapat beberapa perhatian pihak akhbar yang menemuramah beberapa pemimpin utama NUBE khasnya setiusaha agungnya Sdra J Solomon. Pihak polis juga berada di piket ini untuk mengawal lalulintas serta berjaya menjaga ketenteraman semasa piket ini dijalankan.

DSC_3096Seterusnya di CIMB Jalan Gopeng @ 12:00 tengahari, walaupun bermandikan peluh dan panas terik matahari para pemiket tetap berpiket dengan penuh semangat juang tanpa berganjak seincipun dari medan piket ini. Nyata, tindakan ini mendapat perhatian warga sekitar Jalan Gopeng ketika mereka pulang makan tengahari dan juga mengambil anak pulang dari sekolah mereka sempat melihat para pemiket berpiket dihadapan bank CIMB dengan memperlahankan kenderaan masing – masing yang menyebabkan pergerakan tarfik menjadi perlahan ketika itu.

DSC_3127Tambahan pula, ada dikalangan pemiket mengedarkan risalah dari sebuah kereta ke sebuah kereta ketika melalui hadapan pemiket yang sedang menari, menyanyi, berdendang dan bergendang menimbulkan suasana riuh – rendah dan teruja bagi warga di Jalan Gopeng.

DSC_3159Pada sebelah petang pula di CIMB Jalan Tun Sambanthan @ 5:00 petang, gelombang merah juga turut disertai ramai ahli – ahli NUBE sekitar Ipoh yang pulang awal dari bank – masing – masing dan turut serta dalam piket ini telah menambah kemeriahan seperti acara pesta sedang berlangsung disini.

DSC_3150Ini digambarkan ketika piket berlangsung kaki lima CIMB Jalan Tun Sambantan ini dipenuhi ahli – ahli NUBE dari hujung bangunan sebelah sini hingga hujung bangunan sebelah sana milik Tokio Marine tersebut. Sehinggakan pihak polis mengawal selia laluan dihadapan bank ini kepada lalulintas yang memperlahankan kenderaan untuk melihat acara yang sedang berlangsung.

DSC_3163Ternyata, dengan kehadiran yang ramai hampir mencecah 250 orang di CIMB Jalan Tun Sambanthan ini telah menunjukkan kepada warga di Ipoh bahawa ketidakpuasan hati pemiket kepada majikan ini, seterusnya mencapai objektif utama untuk memaklumkan warga di Ipoh bahawa bank bertindak berlebihan kepada kakitangan bawahanya.

DSC_3201-1Pada keesokan harinya 09hb Mac 2013 @ 10:00 pagi di CIMB Taiping, permulaan yang tergendala akibat acara di hadapan bank iaitu Pertandingan Marhaban Peringkat Daerah telah pun diatasi dengan berhemah oleh ko-ordinator Sdra Shahrudiin (Naib Pengerusi NUBE Ipoh) yang telah berbincang dengan pihak pertandingan yang bersetuju memberikan laluan terdahulu selama sejam kepada pemiket untuk berpiket dihadapan CIMB Taiping tanpa mengganggu pertandingan dan majlis yang berlangsung.

DSC_3250Maka itu, para pemiket semuanya yang berkumpul berpakaina merah telah memulakan piket dan berjaya menarik perhatian rakyat di Taiping yang berhenti dan meilhat piket ini secara dekat sambil membaca risalah yang diedarkan.

DSC_3268Sungguhpun keadaan lalulintas agak sesak akibat piket di CIMB Taiping ini tetapi keadaannya terkawal dengan kehadiran polis tarfik yang menjaga baik keadaan lalulintas ketika kenderaan yang lalu di hadapan bank ini memperlahankan kenderaan masing – masing dan ada antaranya mengambil gambar pemiket sekalian.

DSC_3266-1Dalam pada itu, disetiap cawangan para pemiket berpiket setiausaha Agung NUBE berkata “kita datang ke sini adalah memberitahu bahawa penindasan dan kezaliman telah berlaku dibank ini” jelasnya di setiap medan piket.

Laporan GGIT untuk berita NUBE