Tags

, , , , ,


Oleh Mohamad Syukri Mustapha (Lampu Kalimantang)

image

Kira2 pukul 8pagi semua kontinjen mula bersiap sedia dengan persiapan terakhir & sarapan pagi dihostel penginapan hujung pingiran Kota Baharu, Kelantan.

image

Bermula jam 9.30 kontinjen seramai lebih kurang 300 orang mula membanjiri perkarangan premis CIMB cawangan Kota Bahru Kelantan berbaju merah tanda perpaduan serta berkain pelikat dan batik.

image

Tepat jam 10.00 pagi,bacaan doa selamat untuk perjalan kontinjen diikuti bacaan surah al Fatihah oleh Bro Dauz dan bertafakur selama seminit bagi mengingati pejuang2 yg telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara di Lahat Datu Sabah.

image

Sejurus selepas itu tiupan wisel dan pukulan gendang mengiringi nyanyian lagu lagu perjuangan dan laungan semangat memecah keheningan pagi di Kota Bahru.

image

Hampir 400 ratus orang ahli2 NUBE turun pada piket kali ini termasuk ahli – ahli NUBE dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

image

Piket berakhir pada jam 11.30am dengan ucapan amanat dan penerangan akhir oleh GS NUBE bro J Solomon.

Laporan GGIT untuk berita NUBE