Tags

, , , , ,


Oleh Mentol Bulat

PIKET DAULAT 6413PIKET DAULAT 6413, Kuala Lumpur – Sudah 2 minggu Piket Daulat 6413 telah meniggalkan hari bersejarah itu dengan mencatatkan angka luar biasa seramai 15,000 orang keatas bersama mencipta rekod unggul kepada NUBE (Kesatuan Kebangsaan Pekerja – Pekerja Bank Semenanjung Malaysia) buat tangkal kepada kebangkitan pekerja bank berjawatan rendah serta permulaan kepada gerakan – gerakan kesatuan sekerja Malaysia yang lain selain NUBE.

Bilangan yang hadir ke piket Daulat ini menampilkan muka – muka lama dan baru ahli – ahli NUBE yang sanggup melapangkan masa selama 3 jam untuk turun kejalanan untuk berpiket bersama seperti merayakan hari perjuangan pekerja bawahan bank bersama NUBE.

Apa yang ingin dikongsikan penulis disini adalah kesanggupan ahli – ahli NUBE yang senior @ otai turun membantu piket ini bersama membawa ahli keluarga mereka walaupun ahli keluarganya berhujan, berpanas dan bersesak – sesak untuk hadir menjayakan piket ini. Ada antaranya sudah pun berusia melepasi 50-an tetapi semangat dan iltizam mereka untuk ke PIKET DAULAT 6413 amat membanggakan dan dialu-alukan oleh kami.

Ternyata, sakit lutut, sakit kaki, sakit sendi bukanlah penghalang untuk golongan ini mara dan mara untuk memperjuangkan hak pekerjaan ditempat kerja. Selain daripada itu, ada yang membawa anak – anak kecil yang berkesempatan melihat sendiri bagaimana ayah dan bondanya berpiket demi memperjuangkan kebajikan keluarganya untuk lebih baik atau pun menentang kezaliman yang wujud di bank.

Namun yang lebih rasa berbangga kepada penulis adalah kehadiran beberapa ibu – ibu tunggal yang hadir berjuang bersama yang lain dengan membawa bersama anak – anak yang masih kecil ke piket ini menunjukkan isyarat jelas bahawa perjuangan ini mesti diteruskan tanpa henti hingglah menuju kejayaan.

Syabas saya ucapkan dan berharap perjuangan ini mendapat keredaan tuhan dan diberkati bersama pembelaan.

Laporan GGIT untuk berita NUBE