Tags

, , ,


Oleh Mentol Bulat

image

Taman Perpaduan 29 April 2013 – Kurang dari 4 hari sebelum hari buang undi, pasukan gerakan khas NUBE Ipoh menggempur lokasi ceramah anjuran Pakatan Rakyat untuk memaklumkan pada masyarakat penindasan sedang berlaku di bank – bank GLC (Government Link Company) seperti dinyatakan di dalam risalah yang diedarkan kepada penduduk setempat bertajuk BANK OF HORROR

image

Kami yang sampai pada jam 9 malam telah menemui bekas ahli NUBE yang merupakan pembantu utama Parti Keadilan Rakyat Perak seterusnya beliau memperkenalkan kami kepada pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak di majlis berkenaan.

image

Perjumpaan yang bermakna itu disusuli lagi dengan satu lagi pertemuan paling bermakna iaitu menemui dan berjabat tangan dengan Yang Berhormat Azmin Ali yang hadir memberikan ceramahnya.

image

Setelah berjumpa dengan Yb kami diberikan izin untuk mengedarkan risalah kepada penduduk yang mendengar ceramah itu sebelum kami beredar balik. Pada edaran risalah itu kami berjaya mengedarkan hampir 2000 risalah kepada penduduk setempat sekitar tapak ceramah.

Laporan Gempur untuk NUBE