Tags

, ,


Oleh Mentol Bulat

image

Segamat, 2.5.13 – Memeranjatkan apabila piket kami diprovokasi oleh pihak penyokong sebuah parti yang tidak berpuas hati dengan kami yang berpiket di hadapan Maybank dan CIMB bank di bandar Segamat ini.

image

Mengapakah kumpulan mereka bertindak sedemikian hingga menakut – nakutkan kami? Mestilah kami piket bersebab iaitu menyatakan tidak puas hati terhadap pemimpin mereka iaitu bekas menteri Sumber Manusia Dato’ Seri S Subramaniam yang telah melakukan banyak pencabulan dan penghakisan hak – hak pekerja di Malaysia.

image

Mereka yang mempunyai semuanya telah melihatkan sebuah kumpulan yang berani mempertahankan tokoh mereka daripada tergugat dalam pilihanraya kali ini tetapi cara yang mereka gunakan terhadap kami adalah menimbulkan kekecohan dan ketakutan masyarakat di Segamat, nyata kami teramat sedih dengan kumpulan ini.

image

Polis yang berkawal sepanjang 1 1/2 hari memberikan komitmen dan kejersama baik dengan kumpulan piket kami dan mengawal provokasi kumpulan yang satu lagi dengan baik sehinggalah pihak PDRM memutuskan menghentikan piket kami atas alasan keselamatan pemiket dan ketenteraman daerah Segamat.

image

Laporan Gempur untuk Berita NUBE