Tags

, , , ,


Oleh Mentol Bulat

Jalan Sultan Idris Shah, 17 Mei 2013 – Sambutan terus datang daripada ahli – ahli NUBE sekitar Ipoh apabila pihak NUBE memanggil mereka untuk hadir ke piket seterusnya di bahu jalan hadapan Maybank disini sebagai tanda Solidariti ahli NUBE sekitar Ipoh.

20130517_175210Bilangan terus bertambah sekitar jam 6 petang dan bertambah lagi menjelang 6:30 petang. Piket yang bermula pada jam 5 petang ini berakhir pada jam 7 malam setelah pengerusi NUBE Ipoh  Sdra S Kalaiselvam memberikan ucapan penghargaan NUBE Ipoh kepada semua peserta piket.

20130517_181820Ahli – ahli yang hadir piket telah memakai baju PIket Daulat 6413 berwarna merah serta meniupkan “vuvuzela” untuk menarik perhatian orang ramai ke arah piket ini. Selain itu sepanduk – sepanduk dan “Playcard” juga kelihatan dipamerkan untuk tatapan orang ramai. Antaranya adalah “Kami Ahli NUBE” beserta lukisan tangan, “Bank of Horror” beserta gambar CEO masing – masing dan banyak lagi di piket ini.

20130517_183756Namun dalam kemeriahan berkenaan, terdapat gangguan sedikit daripada anggota polis apabila salah seorang perserta piket ini telah “Memalukan” gendang telah diarah oleh anggota polis berkenaan untuk memberhentikanya. Walau bagaimanapun, setelah perbincangan antara Setiausaha Kehormat NUBE Ipoh Sdra Chen Ka Fatt, Pengerusi NUBE Ipoh Sdra S Kalaiselvam dan Bendahari NUBE Ipoh Sdra N Rao bersama anggota polis itu, pihak kami dibenarkan semula untuk memalukan gendang di piket ini menurut kata Sdra N Rao ketika ditemui penulis.

20130517_174753Kejayaan piket ini telah menarik perhatian ratusan pejalan kaki, penungang dan pembonceng motosikal, pemandu kereta, pemandu bas dan lori yang bersorak dan membunyikan hon. Ada antaranya penonton melihat piket ini dari sekeliling kawasan piket ini dalam 2 jam piket ini dijalankan.

 

Lalpran NUBE Gempur untuk berita NUBE