Tags

, ,


Oleh Mentol Bulatimage

Pusing, 22hb Mei 2013 – Bertempat di Public Bank kami menruskan agenda Gerak Gempur Ipoh ke kawasan pinggiran Ipoh untuk bersemuka dengan ahli – ahli NUBE disini untuk sesi lawatan dan seterusnya mengeratkan hubungan NUBE Ipoh dengan ahli – ahli disekitarnya.image

Kedatangan kami telah mengejutkan ahli -a hli disini kerana kehadiran kami tidak diketahui malah telah pun mengejutkan penolong pengurus iaitu seorang perempuan yang banyak menimbulkan keresahan ahli – ahli NUBE dibank terbabit. Sebelum ini, kami ada menerima rungutan daripada ahli disini bahawa wujud ketidak keselesaan bekerja kerana gangguan pegawai seperti mana diterangkan sebelum ini.image

Namun, setelah diberikan penjelasan panjang mereka yang hadir memahami “apa perlu buat” kepada pengurus perempuan ini dengan bimbingan kami yang hadir. Ternyata kehadiran kami juga telah mengujakan ahli -ahli yang bertanyakan “latest  development Collective Agreement” dan tragedi “Tolak Subra di Segamat” tempoh hari.image

Kami juga dihujani cadangan dari salah seorang ahli NUBE disini supaya “Jom kita pakai Baju Koyak dan kain Pelikat” dimulakan semula seperti zaman era 80an. Merujuk kepada cadangan ini, kami bingkas menyatakan “sila tunggu arahan lanjut dari NUBE kerana akan ada tindakan terbaik untuk ahli – ahli selanjutnya yang lebih bernas daripada NUBE pusat mengenainya….dan yakinlah bahawa NUBE akan terus fokus kepada matlamatnya” menurut kata penulis kepada ahli – ahli di bank berkenaan.image Mesyuarat ringkas itu dapat memahami sekumpulan ahli – ahli NUBE disini dan di harapkan persoalan yang dibangkitkan dapat diatasi dengan bimbingan kami. Semoga pertemuan dan perbincangan dalam mesyuarat “Short notice” ini dapat menambat hati ahli – ahli NUBE di Pusing bersama NUBE Ipoh

Laporan GGIT untuk berita NUBE