Tags

, , , ,


image

MH HOTEL SG SIPUT – Tempoh hari berlangsungnya sesi dialog isu – isu perusahaan Perak bersama pihak mewakili majikan, wakil kesatuan sekerja dan pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak dibawah Kementerian Sumber Manusia telah melakar sejarah dalam hari ini 22.05.13.

image

MTUC bahagian Perak bertindak sebagai payung untuk semua wakil kesatuan yang diwakili pegawai utama antaranya Sdra Redzuan Zakaria (Timbalan Pengerusi), Sdra Tan Ismail (Pen. Setiausaha) dan Sdra Rosli Jaafar (Bendahari) telah memberikan turut bersama berdailog mengenai isu – isu perhubungan perusahaan bersama wakil – wakil kesatuan yang dijemput MTUC bahagian Perak ke majlis ini yang dianggarkan sekitar 50 orang wakil kesatuan yang hadir selain jemputan sendiri daripada pihak JPP Perak.

image

Dalam ucapan aluan pihak JPP Perak melalui pengrahnya Yang Mulia Tuan Zaini, sambutan yang menggalakkan daripada kedua – pihak baik pihak majikan dan pihak kesatuan sekerja memungkin program ini akan diadakan sekali lagi disebabkan penyertaan yang menggalakkan katanya dalam ucapan pembukaan pada program dialog isu – isu perusahaan Triparte majikan, kesatuan sekerja dan pihak JPP Perak di sini pada hari tersebut.

image

Diharap dengan pertukaran maklumat, pertikaian perusahaan dan sebagainya dapat dicarikan jalan penyelesaian antara majikan di Perak dan kesatuan sekerja di Perak bersama pihak JPP Perak. Semoga pihak JPP Perak memprolehi banyak maklumat dari program anjuranya ini.

Laporan Setiausaha MTUC bahagian Perak