Tags

, , , , , ,


Oleh Mentol Bulat

imageKuala Gula, 10 – 11hb Jun 2013 – Bertempat di muara Sungai dianjurkan buat pertama kalinya daripada MTUC bahagian Perak menganjurkan Kursus 3 hari 2 malam kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan 2013.image

Kursus yang berjaya menarik minat wakil – wakil dari setiap gabungan di dalam MTUC bahagian Perak telah disertai 30 orang perserta dari ahli -ahli setiap gabungan yang bernaung di bawah MTUC bahagian Perak.

image

Ternyata sambutan yang amat menggalakan ini mengambarkan bahawa MTUC semakin mantap khususnya di Perak untuk menyampaikan maklumat kepada akar umbi bahawa kesedaran keselamatan dan kesihatan ditempat kerja amat penting bagi keseninambungan pekerjaan supaya matlamat untuk mengurangkan kemalangan ditempat kerja dapat diturunkan dari tahun ke tahun.

image

Pihak MTUC bahagian Perak telah berjaya menjemput dikalangan profesional untuk mengendalikan kursus yang julung kalinya diadakan di Kuala Gula ini. Antara jemputan yang hadir adalah Saudara Balakrishnan dari Pulau Pinang, Puan Julia dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Perak (JKKP @ DOSH), Saudara Syukri dari  Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai penyumbang dana kursus serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perak iaitu Puan Wan.image

Pelbagai soalan ditanyakan oleh semua peserta kepada semua penceramah sehinggakan waktu diperuntukkan kepada penceramah tidak mencukupi kerana soalan yang bertali arus ditanyakan oleh peserta kepada penceramah. Namun begitu, penceramah yang porfesional dan bijak sana dapat juga menyampaikan mesej mereka kepada peserta di kursus ini walaupun kesuntukan masa. image

Selain itu, pada masa luar waktu kursus peserta boleh melihat keindahan panorama sekeliling kawasan Resort ini seperti melihat burung helang merah, kehijauan paya bakau, pasang surut iar dimuara sungai, bot – bot dan sampan – sampan nelayan tepi pantai menangkap ikan, udang, ketam dan pelbagai lagi aktiviti selepas waktu kursus.image

Paling menarik untuk diberitahu disini adalah merasa masakan istimewa dari penyedia Restoran Cendrawasih disini yang menyajikan menu utama di Kuala Gula iaitu Kari Ikan Sembilang. Bersebelahan dengan Resort ini ada sebuah Restoran Terapung yang menyediakan masakan “panas -panas” dan paling istimewa adalah masakan dari hasil tepi muara laut iaitu “Ketam Lembut masak Cili” atau “Ketam Lembut Goreng Tepung” yang akan membuka selera kepasa sesiapa yang memakan hidangan isitimewa disini.

Objektif pengajuran ini telah mencapai sasarannya untuk meberikan pengetahuan dan kesedaran kepada peserta kursus supaya bahan yang disampaikan disini boleh dikongsikan kepada rakan – rakan ditempat pekerjaan masing – masing

Laporan Setiausaha MTUC bahagian Perak untuk berita MTUC