Tags

, ,


Oleh Mentol Bulatimage

Teluk Intan, 13hb Julai 2013 – Pergerakan kami kali ini sekali lagi menerjah 2 bank di kawasan ini yang diberitakan mempunyai masalah antara ahli – ahli serta pengurusan ditempat itu. Tepat jam 4 petang, rombongan kami telah singgah ke sebuah bank tempatan disini dan ingin berjumpa dengan IRCnya, malangnya IRC berkenaan bercuti sakit. Namun, kami disapa oleh seorang ahli senior disitu dan dibawa rombongan kami ini menemui pengurusnya yang berada ditingkat atas.image

Dalam pertemuan dengan pengurus bank ini, didapati wujud masalah dalaman bank ini yang dikatakan berpunca dari 1 – 3 orang ahli NUBE yang bermasalah melalui maklumat yang disamapikan oelh pengurus terbabit. Kami teliti aduan berkenaan untuk mengenalpasti benarkah laporan itu dengan meminta laluan bagi kami untuk bermesyuarat bersama ahli di dalam premis bank ini. Permintaan kami diterima dan serentak itu mesyuarat yang diminta dilaksanakan.image

Walau bagaimanapun, dalam penerangan ringkas kami kepada ahli – ahli disitu ternyata dakwaan pengurus dicawangan itu amat meleset. Bahkan kejutan telah ditimbulkan oleh semua ahli terutama mengenai Waktu Kerja Lebih Masa (OT). Menurut pengurus ini, selalunya setiap hari Sabtu ada dikalangan staffnya bekerja tanpa “Claim OT”, ini kerana pihak pengurusan akan mengantikan sumbangan staff berkenaan dalam bentuk “Reward” setiap tahun melalui “Ex Gratia” dengan peratus skor melebihi 2 bulan gaji.image

Ternyata dakwaan itu menimbulkan kejutan dan kemarahan ahli – ahli yang hadir mendengar penerangan dari kami. Bingkas mereka berkata “Ini semua tak betul..kami nak claim dia tak kasi (Pengurus)…kami isi borang OT mereka tak mahu sain (pegawai)…kami pun dah tak tahu rupa borang OT” kata mereka secara berseloroh tetapi diruntun perasaan kecewa.image

Kami menjelaskan bahawa perkara sebegini perlu diatasi kerana ia adalah perkara serius yang kena diambil perhatian. Sambil menambah, pihak NUBE Ipoh siap sedia jika sebarang bantuan diperlukan. Dalam pada itu, pihak kami ada mengusulkan beberapa tindakan sesuai bagi mereka untuk bertindak diatas dakwaan ini.

Dalam perkembangan lain, pihak kami juga telah menjelaskan keadaan terkini NUBE dan tindakannya yang terkini terutama sekali mengenai Perjanjian Bersama termasuk juga pemakaian baju T-Shirt “Daulat 6413” yang wajib dipakai setiap hari Jumaat setiap minggu. Rata – rata ahli – disini telah memakai T-Shirt berkenaan dan hanya beberapa orang sahaja yang tidak memakainya disebabkan stock belum sampai.

image

Seterusnya, kami telah berkunjung ke sebuah lagi bank yang berdekatan yang mempunyai cerita yang kami dengar tetapi belum mendapat kesahihan cerita sebenar. Pertemuan dalam jam 6:00 petang itu telah merungkai pelbagai masalah dibank berkenaan terutama sekali tingkah laku pengurus dan pegawai di bank itu.image

Mereka yang hadir mengadu kepada kami bahawa akibat kesilapan dan tindakan telah diambil oleh pihak bank telah mengakibatkan “Bonus Extra” mereka hilang akibat menjawab soalan pertuduhan tanpa merujuk kepada NUBE terlebih dahulu. Kesan dan akibat diterima amat memedihkan kepada beberapa ahli – ahli disini akibat tiada pertolongan langsung dari pihak majikan yang “lepas tangan”, sedangkan mereka yang ada kaitan dengan kes ini terlepas dari hukuman.image

Lanjutan dari kes ini, kami menasihatkan mereka supaya lebih berhati – hati dan cermat dengan pekerjaan mereka kini supaya perkara seumpama ini tidak berulang lagi terutama kepada pengurus dan pegawai disitu. Tambahan lagi, kami meminta jika berlaku perkara diluar jangkaan atau pun kekeliruan serta pertanyaan untuk menghubungi secepat mungkin kami untuk bantuan dan nasihat lanjut.
image

Akhirnya, dalam lawatan ini kami terus memberikan ahli kenyakinan bahawa NUBE akan tetap terus merencanakan dan menyusun strategi seterusnya demi kebaikan ahli – ahli NUBE terutama perjanjisn kolektif yang masih diperjuangankan untuk ahli – ahli semuanya.

Laporan GGIT untuk NUBE