Tags

, ,


Oleh Mentol Bulatimage

Brinchang, 14hb Jun 2013 – Keliru, dikelirukan dan mengelirukan adalah persoalan yang ditanyakan oleh ahli di sini kepada kumpulan kami tetapi dalam kebuntuan pada soalan yang ditanyakan adalah NUBE itu “ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE”.image

Kesemua pertanyaan dan persoalan demikian itu dijawab dengan penuh hemah dan teliti supaya penyampaian kami sampai secukupnya kepada ahli disini yang menerima kejutan dan ditakut – takutkan oelh penolong pengurus dan beberapa pegawai akibat kurangnya kesedaran ahli disini mengenai hak – hak pekerjaan mereka dan hak menjadi ahli NUBE. Bahkan paling mengejutkan dikalangan mereka  tidak pernah melihat Buku perjanjian bersama (CA) sejak kebelakangan ini yang mengundang kepada pihak pengurusan mengambil kesempatan atas kekurangan pengetahuan mereka di bank tersebut.image

Umum untuk pengetahuan pembaca semua, kumpulan kami hadir ke bank ini atas undangan seorang ahli NUBE disini yang mengadu berlaku Insiden iaitu halangan daripada pihak pengurusan disini untuk pemakaian “T-Shirt DAULAT 6413” oleh ahli – ahli NUBE dari bank ini. Ahli – ahli disini telah dinasihatkan untuk tidak memakai T-Shirt berkenaan kerana akan menjejaskan imej bank. Akibatkan ahli – ahli disini tidak selesa memakainya walaupun ingin memakainya kerana dikhuatiri akan dikenakan tindakan majikan serta pertanyaan bertali arus daripada pelanggan. Kami sekali lagi menegaskan bahawa pemakaian T-Shirt Merah DAULAT 6413 adalah tidak melanggar Perjanjian Kolektif dan telah diarahkan oleh NUBE untuk memakainya melalui Majlis Eksekutif Kebangsaan (NEC) yang bertujuan menunjukkan tuntutan ahli-ahli NUBE kepada majikan bank – bank, belum diberi perhatian sambil memberikan pengetahuan kepada orang ramai untuk isu – isu yang tertunggak antara pihak bank dan pekerja bawahanyaimage

Penerangan itu nampaknya memberikan kesedaran serta mengurangkan kegelisahan kepada mereka di bank terbabit serta dapat meningkat keyakinan diri ahli – ahli disini semula selepas dibebankan dengan persoalan tanpa jawapan sebelumnya ini. Mengenai tindakan provokasi pihak pengurusan kami menyatakan kepada ahli – ahli masing – masing bolehlah merujuk kepada surat keterangan bertulis Setiausaha Agung di dalam Circular sambil mendapatkan nasihat lanjutan dan tindakan daripada NUBE cawangan Ipoh untuk mengatasi masalah ini.

Laporan GGIT untuk Berita NUBE