Tags

, , , ,


Oleh Mentol Bulat

image

Gunung Rapat, 19.06.13 – Keadaannya kesihatanya semakin sukar tetapi demi anak dan isteri beliau terus gagah untuk meneruskan kehidupan. Tanda tanya ditanyakan mengenai kesakitan yang ditanggung oleh beliau ini.

Terus beliau nyatakan yang dirinya terlibat dalam satu kemalangan 11 tahun yang lalu melibatkan motosikal yang ditungganginya terbabas dan beliau tercampak dibahu jalan yang berumput. Kini setelah 11 tahun berlalu, kesakitanya bertambah parah dari tahun ke tahun disamping trauma akibat kemalangan mengakibatkan keadaannya seperti menderita penyakit berlarutan dengan menggunakan tongkat untuk menyokong badannya yang hampir lumpuh akibat kejadian itu dalam kegagahanya untuk beliau menemui kami.

Siapakah beliau yang dimaksudkan?, beliau adalah Sdra Mat Nor (bukan nama sebenar)seorang ahli Nube dari Public bank Mengelembu yang kini menderita sakit tulang belakang yang kronik hinggakan tidak dapat meneruskan pekerjaanya.

Sehingga kini, derita penyakitnya ini mendapat perhatian kami setelah beliau menghubungi Nube cawangan Ipoh berhubung gajinya dipotong sejak setahun yang lalu meminta kami memberikan pandangan.

Dalam pada itu, beliau sudahpun dinasihati oleh doktor pakar yang merawatnya untuk mengambil pencen ilat (Perkeso) yang bersesuaian dengan keadaanya kini yang tidak mampu bekerja. Cuma yang menjadi pertikaian untuknya kini adalah gajinya dipotong selama beliau tidak hadir ke tempat kerja.

Ketika ditanya semula, sama ada beliau ada meminta surat doktor pakar mengenai penyakitnya yang berlarutan itu katanya beliau tidak pernah memohon atau meminta surat berkenaan dan hanya setiap kali mendapat cuti sakit beliau terus memberikanya kepada pihak bank.

Langkah ini diambil kami adalah menunjukkan bahawa kami akan bersama semua ahli – ahli NUBE dalam semua keadaan iaitu gembira, bersedih ataupun mencapai kejayaan kerana tiada ahli tiada gerakan kesatuan sekerja dan tiada kesatuan kesekerja makan tiadalah ahli. Ia juga menyamai program yang dibuat TV3 bersamamu yang mendekali orang – orang yang bemasalah untuk diberikan pertolongan yang sewajarnya.

Laporan GGIT untuk NUBE