Tags

, , ,


Oleh Mentol Bulat

20130705_194554Ipoh, 05 Julai 2013 bersamaan 26 Sya’aban 1434 – Setelah hampir 40 tahun berkidmat dan mencurah bakti dan tenaga kepada bank terutama sekali kesatuan yang disayanginya olehnya, maka dengan berat hati beliau meninggal NUBE sungguhpun kecintaan dirinya terhadap gerakan kesatuan sekerja amat menebal sekali.

Berjawatan di peringkat cawangan Ipoh sebagai Vice Chairman sejak lima tahun yang lalu dan sejak dari lantikan ke jawatan exco NUBE iaitu NEC (Majlis Eksekutif Kebangsaan) selain perwakilan ke MTUC bahagaian Perak, beliau amat aktif dengan tugasanya itu hinggakan bekorban masa dan tenaga demi kesatuan NUBE yang dicintainya seperti menjadi salah seorang tulang belakang kejayaan penganjuran Piket Daulat 6413 di ibu negara tempoh hari.

20130705_191050Beliau yang berasal dari Kuala Sepetang, Taiping ini teleh berkhidmat dengan bank selama lebih 30 tahun bermula dengan bank Bumipuetera Malaysia Berhad (BBMB) kemudian BCB (Bumiputra Commerce Bank Berhad) dan terakhir CIMB Bank Berhad di cawangan Taiping.

Beliau yang satu ketika dahulu adalah Vice Chairman NUBE cawangan Taiping telahpun menabur baktinya terlebih dahulu kepada ahli – ahli sebelum cawangan NUBE Taiping digabungkan dengan NUBE cawangan Ipoh.

Pada satu ketika, semasa NUBE mengalami krisis kepimpinan tahun 1999 beliau turut sama terlibat di dalam Jawatankuasa “Caretaker” yang dianjurkan oleh MTUC (Malaysia Trade Union Congress) bertempat di bangunan SOGO bagi menyelesaikan krisis pada ketika itu.

Kenangan bersama sumbangan Saudara Shahruddin bin Hashim kepada NUBE amat di sangjung tinggi oleh kami di NUBE Ipoh kerana pengalaman dan ajarannya menjadikan barisan kepimpinan seterusnya harus mencontohi beliau sebagai seorang penjuang kesatuan yang sebenar.

Dalam perkara berkaitan semalam, pihak NUBE Ipoh juga melalui mesyuarat AJK cawangan NUBE Ipoh telah sebulat suara melantik Saudara Ahmad Daman huri bin Mohd Tahir menggantikan jawatan – jawatan yang ditinggalkan oleh Saudara Shahruddin bin Hashim berkuatkuasa serta merta. Perlantikan ini adalah selaras mengikut perlembagaan NUBE sekarang.

20130705_195128Kami dari NUBE Ipoh mengucapkan Selamat Bersara kepada “Abang Din”, semoga panjang umur dan di murahkan rezeki yang berpanjangan kepada dirinya dan ahli keluarganya yang telah meminjamkan Ayah mereka untuk NUBE selama ini.