Tags

,


Mentol Bulat

Bersatu kita teguh bercerai kita Roboh!

Tinggal kurang 48 jam untuk Ramadhan meninggalkan kita . Bulan Keberkatan untuk umat Islam seluruh dunia kerana “puasa itu adalah milikku “, kata – kata merujuk kepada Allah SWT. Kemenangan akan muncul dihujungnya dengan Syawal akan muncul sebagai ganjaran kemenangan umat Islam berpuasa dan beribadat dalam bulan mulia ini.

Namun disebalik ini, masih ada perjuangan yang masih belum selesai dan perlu dijuangkan bersama – sama hingga kehujung noktah. Lihat gambaran ini seperti dinyatakan

Kes Pemecatan Saudari Katherine

Isu Perpindahan Saudari Cheah Bee Hoon

Kes pemecatan 2 orang pegawai utama NUBE iaitu Saudara Chen Ka Fatt dan Sdra Abdul Jamil

Takkala kita bergembira masih ada insan yang menderita dan sensara. Ternyata perjuang National union Bank Employees (NUBE) tidak berhenti dan akan berterusan sehinggalah kepenghujung tanpa noktah.

Sesuatu yang murni yang membanggakan tetapi belum tentu dibalas dengan senyuman dan penghargaan.

Dikesempatan ini saya menyeru dan berdoa agar ahlinya kekal bersatu dan kepada Muslimin dan Muslimat saya bagi pihak diri saya dan Jawatan Kuasa NUBE Ipoh di ketuai oleh Sdra Chen Ka Fattt Mengucapkan…

Hari_Raya_Wallpaper_Free_Download_for_pc_desktop_background_2012_Dengar dendang lagu Hari Raya Aidilfitri dari biduanita tanahair Dato’ Sharifah Aini