Tags

, , , ,


Mentol Bulat
Bagi kita yang berkesatuan tentunya dilindungi daripada majikan yang rakus terhadap kita. Mana tidaknya majikan telah bayar segalanya iaitu KWSP, PERKESO, Gaji, Elaun tembahan pula Ubatan. Itulah yang membuatkan majikan berfikir haknya sahaja manakala pekerjanya hanya orang suruhan walaupun pekerja ada haknya sendiri.

Ikuti sebuah cerita benar yang berlaku menjelang Aidilfitri 13 di Klebang Ipoh yang membongkar kisah penganiayaan seorang eksekutif muda wanita berjawatan tinggi di syarikat tersebut.

image

Jam 12:30 tenag hari, ” Mak biar Axxx panjat bumbung rumah ne, tengok ada mempelam masak atas bumbung rumah” katanya kpd Ibunya yang sedang memegang tangga dan melihat anak perempuan memanjat Awning rumah dalm keadaan cemas “Udah le Axxx nanti jatuh, esok kita nak raye” ibunya melarangnya memanjat bumbung rumah tapi apa dayanya kerana anaknya itu meneruskan hajatnya.

” ISKH dapat” dicapai mempelam masak kemasan yang pertama dan kedua dari ketinggian 12kaki. Namun masih tidak berpuas hati dicapainya yang ketiga sambil berdiri tegak diatas bumbung kerana mempelam yang ketiga lebih tinggi dari mempelam pertama dan kedua tidak tercapai jarinya untuk memetiknya.

image

” Broooommmm…duuuussshhh….” mimpi ngeri menjadi nyata ketika Axxx berdiri tegak untuk mencapai mempelam itu tiba – tiba permukaan bumbung terbolos akibat bebanan badan Axxx ketika berdiri diatas bumbung itu mengakibatkan Axxx terbolos dari bumbung dan mengenai permukaan syiling  dan setetusnya rebah terlentang di permukaan simen di dalam rumah.

Baginya ketika kejadian dia merasa pening dan pitam dan serentak itu badannya mula merasa sengal sakit dibahagian pinggang hingga punggung akibat hentakan ketika jatuh dari ketinggian 12kaki ke lantai rumah. Ibu yang mempunyai seorang anak suami di kejarkan ke Hospital Pantai Putri untuk menerima rawatan kecemasan.

“Dia tadi tak leh bangun nak masuk kereta tadi, nak call ambulan dia tak nak” kata bapa mangga yang terkejut melihat anaknya jatuh dari ketinggian itu yang mengakibatkan bumbung rumahnya berlubang.

Sebelum kejadian, mangsa Axxx sedang membuat persiapan memasak rendang ayam didapur di rumah maknya tetapi beliau teringinkan buah mempelam yang telah masak di hadapan rumah untuk di makan setelah berbuka puasa pada hari terakhir Ramadan.

Mengikut laporan doktor setelah beberapa ujian dibuat semasa di hospital menyatakan Cik Axxx telah mengalami kecederaan tulang pinggul iaitu tulangnya pecah akibat terhentak ke lantai serta perlu berehat dari bertugas selama 2 minggu. Cik Axxx yang resah dengan keadaan itu mencadangakan supaya Mc yang diberikan doktor itu tidak diberikan kpd bossnya kerana Takut bossnya memarahinya kelak.

Tindakanya itu mengundang kemarahan ahli keluarganya kepada Cik Axxx kerana tidak sayangkan kesihatanya dan melebihkan pekerjaanya. Ternyata jangkaan Cik Axxx eksekutif muda itu benar kerana ketua jabatanya mempertikai dan memarahinya mengambil MC dari doktor sedangkan beliau bertarung nyawa ketika kejadiaan.

Sindiran yang paling menganggu emosi Cik Axxx adalah bila majikan mengatakan “siapa mahu siap gaji pekerja…kalo you mau jatuh bumbung itu hari you mesti kasi siap kerja dahulu laa..sudah siap mau jatuh pun tak pa” kata – kata yang dihamburkan dari seorang majikan yang bernada bengis kepada Cik Axxx yang menangis bila beliau memaklumkan kejadian yang menimpanya kepada majikanya.

Kejadian itu membuatkan Cik Axxx serba salah antara kerjayaanya atau kesihatannya. Oleh itu, beliau memilih kerjayaanya walaupun berat hatinya untuk pergi bekerja dalam keadaaan sakit yang belum pulih akibat ancaman daripada majikanya. Pada pendapatnya beliau kena bekorban bekerja untuk pekerjaannya untuk membayar segala bil – bil rumah, hutang rumah dan kereta kerana dia bekerja untuk majikan yang akan membayar gajinya setiap bulan.

Ia sesuatu yang menyimpang jauh dari hak seorang pekerja dan juga seorang wanita dan kisah ini di muatkan untuk kita nilai sejauh manakah seorang pekerja boleh bertindak jika beliau berseorangan, ditakutkan dan tidak pengetahuan dalam hal hak individu.

Kita tinggalkan kisah ini untuk direnungi