Tags

,


Mentol Bulat

Saya tertarik kepada luahan perasaan pada sesiapa yang berkerja dalam bank yang melayan pelanggan seterusnya karenah pelanggan. Kita berterima kasih kerana bekerja di bank ada pelanggan, maka barulah adanya “Business” tetapi malang sekali jika pelanggan “Berada atau kaya” langsung tidak menghargai pekerja (memaki hamun, sombong dan kurang ajar) keatas pekerja yang merupakan barisan hadapan yang selalu kena “Sembur” dengan pelangan bank. Namun sebab inilah juga ada pihak – pihak dalam bank berhati – hati menjaga pelanggan ini takut – takut dia lari ke bank lain.

Seperti luahan ini

Customer complaint

Sememangnya keadaan ini berlaku telah membawa keperitan kepada individu seperti cerita di Blog Bujang3 pada ketika melayan pelanggan hingga boleh membawa “Stress” yang berpanjangan dan tak elok kepada kesihatan minda tambahan pula seorang pekerja bank itu mempunyai masalah sejarah kesihatan iaitu Darah Tinggi atau penyakit jantung

Barangkali tak semua pelanggan bertindak dan bernafsukan kemarahan, disebaliknya ada banyak juga pelanggan bank yang bersifat baik dan kebanyakan bersahabat serta berkawan baik dengan pekerja bank.

Renungkanlah supaya tercelik minda kita melihat kejadian malang ini kepada pekerja bank supaya hak pada pekerja dilindungi manakala hak pelanggan juga terjaga.