Tags

, ,


Oleh Kalimantang

Aku hairan ketika melangkah masuk kelas seminar apabila orang – orang sekeliling melihat aku “ke atas dan ke bawah” sampailah pengawal keselamatan memerhatikan aku seperti aku ini berbuat salah tetapi pada pendapat aku “lantaklah” mereka.

Persoalan berterusan apabila kelas makin bermula sekitar jam 9 pagi, semua orang memandang aku serta masing – masing peserta di dalam kelas menekup mulut, senyum, bermuka ketat meilhat aku. Ada juga yang ketawa meilhat aku ini. Aku mula curiga dan keliru mengapa manusia disekeling aku ini berperangai demikian.

Tibalah trainer masuk ke kelas pada jam 9 pagi, beliau pun ligat memerhatikan aku dengan spontanya beliau menegur “Siapa nama you? Eh bolehkah awak pakai baju merah ini? Siapa yang suruh you pakai baju ini?” kata trainer kepada saya yang kaget memerhatikan saya dengan penuh perhatian. Tiba – tiba gamat kelas apabila semua peserta gelak besar seperti Jozan Raja Lawak buat sketsa lawak.

Aku jawab kepada trainer dan sekalian di dalam kelas dengan mudah dan bangganya berkata “Oh baju ini yang dimaksudkan, Saya akan pakai baju ini hinggalah CA diselesaikan dan setiap hari Jumaat saya akan memakainya atas arahan NUBE.” kata trainer lagi “Saya pun mahu gaji naik lah, you cepatlah sikit sign bolehlah saya punya gaji pun naik!”tambahnya lagi dicampur gelak ketawa mengamatkan kelas sebelum bermula pelajaran.

Pelik bagi diri ini melihat sekeliling aku hanya aku seorang sahaja memakai baju kermat ini “PIKET DAULAT 6413” dengan sepuloh tuntutan dibelakang baju menterjemahkan kepada pihak bank dan rakyat bahawa tuntutan NUBE belum berakhir dan setiap ahli wajib memakai pakaian ini hinggalah Perjanjian Bersama diselesaikan. Namun yang menyedihkan aku diketawakan dan disindir oleh kawan kawan seperjuangan aku yang setaraf dengan jawatan aku juga. Persoalannya mengapa berlaku demikian?

Dalam hal ini pandangan ahli – ahli mestilah jelas kearah objektif tuntutan gaji dan faedah bersangkutan kita untuk Perjanjian Bersama 51% tetapi dalam kelas ini ada terkeluar perkataan lancang (mengeji) dari seorang ahli yang berkata “BODOH” keatas aku kerana memakai T-shirt Daulat 6413 semasa berkursus.

Jelas pada aku kawan – kawan ini hina melihat aku memakai baju merah Daulat 6413 tetapi dari pendapat aku mereka ini tidak pernah turun ke jalan, berhabis cuti berpiket ke (Kedah/Perlis), (Melaka/Negeri Sembilan), (Ipoh,Perak), (Kuala Lumpur – CIMB MBC, Piket DAULAT 6413) dan (Johor) dan merata tempat lagi.

Aku masih berbangga punyai sebuah kesatuan yang kuat tetapi aku maafkan kepada kawan – kawan aku di kelas ini kerana mereka kerugian melihat SOLIDARITY kita jika kita bersatu pasti kita dah lama berjaya.

image

Olahan semula dari Mentol Bulat