Tags

, , , ,


Oleh Mentol Bulatimage

28hb September 2013 – Bertempat di dalam kawasan industri YTL – Perak Hanjong Simen (YTL – PERAK HANJONG) di Padang Rengas, kami dari MTUC Bahagian Perak dijemput untuk hadir memberikan sokongan kepada Kesatuan Kakitangan Perak Hanjong Simen Sendirian Berhad (KKPHSSB) yang telah mengadakan jamuan makan tengahari kepada ahli – ahlinya untuk tahun 2013.image

Selanjutnya, selepas jam 2:30 petang pihak KKPHSSB telah mengadakan mesyuarat Agong tahunanya bagi mengukuhkan organisasi kesatuan mereka yang terdiri lebih daripada 80 orang ahli – ahli yang menyertai kesatuan ini terdiri daripada pekerja bawahan YTL – PERAK HANJONG SIMEN, Padang Rengas Perak.

Dalam ucaptamaya Presiden (KKPHSSB) iaitu En Shahrom telah menyeru semua ahlinya untuk bersatu dan mengekalkan perpaduan dikalangan ahli – ahlinya seterusnya meningkatkan keharmonian pekerjaan antara majikan dan pekerja disamping mencapai kesepakatan dalam perundingan antara majikannya dan pihak KKPHSSB.image

Dalam pada itu, menurut pihak Syarikat yang diwakili oleh Pengarah Urusan En Nasir telah memuji pihak Kesatuan Kakitangan Perak Hanjong Simen Sendirian Berhad (KKPHSSB) yang banyak berganding bahu dengan syarikatnya untuk menjayakan misi YTL – PERAK HANJONG SIMEN serta menambah keuntungan syarikat melalui bilangan kekerapan perbincangan antara pihak kesatuan (KKPHSSB) dengan syarikat yang diwakilinya.image

Tambahnya lagi, dengan adanya perbincangan yang kerap misi syarikat dapat dicapai iaitu mengurangkan kemalangan ditempat kerja, meningkatkan mutu kebersihan kawasan kilang sekaligus menjamin kesihatan yang baik terhadap pekerja dibawah jaganya. Selain daripada itu, perbincangan yang kerap juga antara pihak syarikat dan kesatuan (KKPHSSB) telah berjaya memperbaiki akses keselamatan pekerja keluar dan masuk di dalam dan luar kawasan kilang YTL – PERAK HANJONG SIMEN dengan memperkenalkan sistem kawalan tag bersepadu.image

Majlis yang meriah ini telah juga dihadiri wakil – wakil AJK MTUC bahagian Perak dan Ketua Balai Polis Padang Rengas yang turut sama menjamu selera makan tengahari serta jemputan khas iman Kampung Gapis untuk bacaan doa. Pihak KKPHSSB juga telah menjemput kakitangan bahagian pengurusan untuk hadir ke perasmian ini dan seterusnya menjamu selera makan tengahari.imageL

Laporan disediakan oleh Setiausaha MTUC Bahagian Perak