Tags

, ,


Oleh Mentol bulat

Setiawan 26hb September 2013 – Kami pada mulanya teruja apabila melangkah masuk ke “Banking Hall” disambut bagai penumbang kapal terbang MAS (Malaysian Airline System) penerbang utama negara oleh pengurus yang ramah lagi mesra.

Kami juga hairan ahli – ahli dibank ini dingin melihat gelagat pengurusnya seolah olah ada perkara yang tidak kena sedang berlaku. Maka itu, kebanyakan ahli disitu hanya berjabat tangan dengan kami selebihnya tidak berdamping dengan kami keluar minum petang bersama bos mereka setelah dipelawa oleh pengurus mereka untuk minum bersamanya dan kami.

Sebelum meninggalkan bank ini, sempat antara kami memaklumkan kepada salah seorang IRC disini bahawa perjumpaaan yang telah diatur oleh kami dan ahli disini akan diadakan pada jam 7 malam di sebuah restoran berdekatan. IRC itu akan memaklumkan kepada ahlinya dibank ini kemudianya.

image

Kami pun berjalan beriringan dengan pengurus ini dan sampai ke restoran yang dituju dalam jarak 100 meter dari bank ini. Pengurus ini bercerita tentang pengalaman kariernya terdahulu di sebuah bank sebelum memasuki bank yang beliau bekerja sekarang. Banyak persoalan ditimbulkan olehnya terutama soal “Kehadiran”, “sales”, “Kelakuan staff” dan lain -lain cuba dirungkai olehnya hinggalah staffnya iaitu ahli – ahli NUBE dibank itu tiba di restoran ini, barulah beliau “angkat kaki” meniggalkan kami.image

Namun apa yang “syoknya” adalah sebelum beliau meninggalkan kami, beliau berkata “You all ada kes ka datang sini? cant I joint you together? Ok minum ini semua I yang belanja!” serunya kepada kami dengan nada merayu. Kami berkata “Kami datang hari ini atas jemputan ahli disini yang ingin berjumpa kami, lagipun sudah lama kami tidak kesini, kali ini kami ronda – ronda kawasan Setiawan dan dapat call dari IRC sini terus sahaja kami kesini” jelas Kalimantang kepada pengurus berkenaan.

Setelah beliau meninggalkan kami, semua ahli – ahli yang hadir sememangnya tidak berpuas hati dengan pengurusnya itu yang banyak melakukan pelanggaran hak pekerjaan dalam aduan mereka kepada kami. Beliau yang baru bertugas dibank ini telah melakukan pelbagai tekanan terhadap staffnya hinggakan menyimpan dendam dan akan mencari kesilapan staff dari masa kes semasa.

image

Perkara ini telah dijelaskan oleh Lampu suluh bahawa pengaduan rasmi harus dilakukan jika hak – hak pekerjaan dihakis oleh ahli – ahli dibank ini serta meminta ahli – ahli disitu sentiasa bersatu demi pengukuhanya. Namun, moralnya kami disini gejala seorang pengurus untuk merasuah kami dengan cara memberi minum bukan satu penyelesaian masalah dibanknya kerana dalam masa yang sama ahli – ahli kami telah ditindas olehnya selalu.

Laporan GGIT untuk berita NUBE