Tags


Oleh Mentol Bulat

image

dikemaskini 10:45 malam Klebang, 29hb September 2013 – Tahniah diucapkan kepada barisan lebih mantap dan beribawa mentadbir MTUC bahagian Perak untuk tempoh 3 tahun akan datang.

Itulah mesej jelas daripada penulis yang yakin barisan ini mampu memperkasa MTUC bahagian Perak walaupun dihumban kontervasi sebelum ini.

Barisan kali ini yang diketuai oleh Pengerusi MTUC Perak Tn Haji Mohd Fazdil bin Abdul Rashid AMP, PPT, PJK dan penolongnya Saudara Redzuan bin Zakaria sebagai Timbalan Pengerusi merupakan orang yang berpengalaman luas dalam kesatuan sekerja di Perak.

Ia diperkuatkan lagi dengan seorang Setiausaha Saudara Hamzah bin Jaafar PPT yang kuat berusaha memastikan MTUC bahagian Perak ini berjalan dengan lancar bergandingan pula bersama seorang Penolong Setiausaha Saudara Tan bin Ismail yang mahu membantu tugas Setiausahanya ketika memerlukan. Perlantikan Bendahari Saudara Rosli bin Jaafar PPT yang amanah menjalankan tugasanya menjadikan MTUC Bahagian Perak mempunyai kemampuan sebagai sebuah pasukan pegawai yang lengkap mentadbir MTUC bahagian Perak dengan jayanya kelak.

Pada pemilihan kali ke 5 ini mereka semua menang tanpa bertanding dengan kerusi Setiausaha diberikan kepada Saudara Hamzah bin Jaafar PPT selepas penyandangnya sebelumnya Saudara Hasmarul Rizal bin Abdul Halim tidak mempertahankan jawatanya buat kali ini. Seramai hampir 60 orang hadir ke mesyuarat agong ini yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari disambung dengan makan tengah diakhir mesyuarat agong.

Dalam ucapan alu – aluan pengerusi yang dilantik semula iaitu Tuan Haji Fadzil bin Abdul Rashid AMP,PPT, PJK menyeru supaya pekerja sentiasa bersatu dan berpadu demi masa depan pekerjaan disamping memberikan sepenuh sokongan kepada MTUC terutama MTUC Perak untuk terus aktif dan berperanan menjaga dan melindungi hak pekerja selamanya.

Harapan penulis dan pekerja amnya di Perak mahu melihat barisan ini mampu mengubah landskap pekerja di Perak demi masa depan pekerja khususnya di Perak.

Syabas dari penulis atas kejayaan ini. Tahniah diucapkan.