Tags

, , ,


Oleh Kalimantang

Rumah Kesatuan, 11hb Oktober 2013 – Ibu yang sarat ini temengah – mengah menaiki tangga Union NUBE Ipoh kerana kandungan di dalam perutnya menunggu masa untuk keluar dari perut ibunya bila – bila masa. Peluh “Diang” keluar meleleh dari dahi Ibu ini ketika menaiki 17 anak tangga telah menceritakan kemahuan seorang ibu yang sedang sarat mengandung masih melapangkan masa bersama union walaupun keadaan kesihatanya tidak mengizinkan.

“Shida datang jugak kamu ye? Anak yang keberapa ni Shida?” kata penulis “No 2 da, uhh penat naik tangga, datang nak jumpa kawan – kawan kita jugak dan nak dengar penerangan petang ni, tu yang datang jugak, lagipun ada makan he he he he” kata Pn Shida Ibu kepada anak yang dikandungnya kini dalam situasi berseloroh.

Namun semangatnya sepatutnya kita contohi kerana banyak lagi ahli – ahli diluar sana masih belum bersemangat seperti ibu ini. Ternyata ahli – ahli NUBE selepas membaca dan melihat wajah ibu ini “Bangkit” semula sebagai ahli yang memberikan sokongan dan tanggung jawab kepada union yang kita kasihi.

Untuk pengetahuan semua Ibu ini merupakan seorang ahli yang banyak menyumbang tenaganya kepada NUBE terutama di Ipoh semoga beliau selamat melahirkan bayinya dalam keadaan sihat.

Dalam pada itu, penulis juga digemparkan satu kejadian kemalangan telah menimpa seorang ahli NUBE yang berhajat untuk mendengar penerangan dari En Nazim Allianz Insuran petang ini tetapi malang sekali beliau telah terjatuh di bawah pintu masuk ke NUBE Ipoh dan luka di mulut akibat tersembam mukanya ke lantai akibat licin. Pada waktu peneranganan ini berlangsung hujan sedang mencurah – curah lebatnya, namun keperihatinan Saudara Chen Ka Fatt (Setiausaha Kehormat NUBE Ipoh) yang memberikan bantuan kecemasan luka dialami Saudara Siva telah berjaya mengubati kesakitan yang ditimpa Saudara Siva dalam kemalangan tersebut.

image

Olahan semula dari Mentol Bulat untuk NUBE