Tags

, , , ,


Mentol Bulat

Kuala Kurau, Oktober 2013 – Baru – baru ini kami menerima satu panggilan mengelirukan dari salah seorang ahli NUBE yang bertanyakan beberapa soalan mengelirukan mengenai pertukaran jawatan dan juga diarah bertukar ke branch lain dalam masa terdekat ini.

Lanjutan mengenai hal ini, kami bergerak ke bank dituju dengan harapan dapat menyelesaikan masalah yang dimaklumkan. Namun, lain pula ceritanya yang timbul disni. Ia berkaitan dengan JANJI dan KACAKnya seorang manager berketurunan serani Malaysia Timur yang dahulunya adalah seorang IRC NUBE (Inter Relation Committee) yang banyak membantu ahli – ahli dibanknya satu ketika dahulu. Sudah tentunya para pembaca sekalian boleh membayangkan bertapa TAMPANnya dan MANIS MULUT manager ini sehingga boleh mempengaruhi orang bahkan staffnya sendiri.

Mengikut penjelasan daripada ahli – ahli yang hadir, manager ini telah berjaya mengambil hati staffnya dengan menyatakan “Sesiapa staff yang senior saya akan rekomen menjadi pegawai kelak” kata manger tersebut. Oleh itu, dengan kebijaksanaanya beliau telah berjaya memujuk 2 orang staff senior untuk keluar “Marketing” denganya sehinggakan mempengaruhi isteri – isteri kepada staff senior bahawa  suami mereka akan dinaikan pangkat tidak lama lagi.

Tambahan pula, ada salah seorang teller senior ini Pengsan sewaktu bekerja kerana demam panas dan dikejarkan ke hospital terdekat untuk menerima rawatan akibat ingin menunjukkan sikap “rajin bekerja” kerana hendak mengejar ganjaran yang bakal diterima menjadi pegawai.

Lanjutan dari aduan ini, dalam senyap – senyap Manager tersebut telah menghantar beberapa nama ke peringkat sumber manusia bank berkenaan dan akhirnya pihak sumber manusia telah memilih seorang teller ke jawatan pegawai dan messenger ke jawatan baru teller. Mengejutkan unuk manager itu, teller yang ditawarkan pangkat ke jawatan pegawai telah menolaknya dengan alasan dia tidak mahu naik pangkat kerana telah memaklumkan kepada managernya sebelumnya.

Tindakan teller berkenaan telah mengundang kemarahan managernya itu setelah teller itu menghantar sepucuk surat penolakan jawatan pegawai yang diterima kepada manager berkenaan dan dibuatkan sesalinan ke NUBE Ipoh. Serentak itu, dikhabarkan messenger yang dinaikan pangkat ke jawatan perkeranian dan ditugaskan sebagai teller akan diarahkan ditukarkan ke cawangan lain dalam masa terdekat sama ada ke cawangan Taiping, Perak atau Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Ia menimbulkan konflik kepada maseenger itu yang menghubungi penulis dengan telefon untuk bantuan dan cadangan kerana beliau mahu pekerjaanya masih ditempat lama tanpa ditukarkan ke cawangan lain. Pada perjumpaan in, messenger ini tidak hadir kerana bercuti panjang.

Sehingga laporan ini disiarkan tiada perkhabaran dari Kuala Kurau seperti tiada apa yang berlaku sedangkan kami telah memaklumkan dan menasihatkan mereka cara tindakan yang patut diambil bagi menjamin pekerjaan mereka di bank berkenaan.

Bak kata perpatah “Sudah terhantuk baru terngadah” amat sesuai kepada ahli – ahli disini yang kami amat kesali.

wpid-IMG-20131017-WA0039-1.jpgLaporan GGIT untuk NUBE