Tags

,


Oleh Mentol Bulat

Tasek, Oktober 2013 – Menceritakan keluhan rasa dari ahli ini (Mr X – bukan nama sebenar) teringatkan kaunter pekerjaan (Eye Counter) seperti seorang lelaki memakai seluar dalamnya berwarna merah di luar seluar dipakainya, bermaksud (Superman).

Ia merupakan kaunter di ibaratkan dalam bank sebagai kaunter “Campur aduk” iaitu pelbagai kerja dilakukan di kaunter ini sampai hendak bercakap dengan pelanggan bank pun tidak sempat “Muka pun KETAT” kerana “Sibuknya” berada di kaunter ini jika ditugaskan dikaunter ini. Pekerja yang ditugaskan di kaunter ini akan ditugaskan membantu pelanggan untuk menulis, membantu, mengarahkan, menunjuk ajar dan memberikan nombor giliran pelanggan di tambah lagi perlu bersikap seperti senyum, mesra, ramah, perihatin, bersopan santun, berbudi bahasa atas keperluan perbankan. Tak cukup lagi, perlu juga membuka mulut untuk menjual bermacam – macam produk bank kepada pelanggan walaupun sesibuk mana pun jika berada di kaunter tersebut.

Bayangkanlah berapa KETATnya muka pekerja yang ditugaskan di kaunter ini? Perkara ini yang menjadikan masalah sebenarnya kepada Mr. X seperti gambar dibawah yang tidak tertahan dengan sikap Managernya yang mengarahkannya tidak boleh bercuti disebabkan tiada staff boleh mengantikan kerjanya itu di “Eye Counter” ketita beliau bercuti. Ikuti temubual bersama kami baru – baru ini.

Penulis: Mengapa bos kamu tak beri cuti kepada kamu (MR.X) ?

Mr. X: Dia tak nak bagi cuti sebab tak de orang boleh ganti tempat saya sebabnya staff bank tak ramai, nak suruh clerk buat mereka dah buat kaunter, nak suruh officer semua pun sibuk dgn “operation” dan yang lain buat marketing.

Penulis: Jadi bila kamu nak cuti macam mana pulak?

Mr. X: Ha! itu yang jadi masalah besar, contohnya semalam (semasa temubual) saya minta cuti nak bawa bapak saya ke hospital nak cuci luka di kakinya yang baru kena potong sebab kencing manis, bos cakap tak boleh tak de orang ganti, lepas tu saya kata kat dia kalo saya tak bagi cuti berilah saya “time off” supaya saya boleh bawa bapak saya tu, alasan saya tu bos tak terima, katanya menyusahkanya. Ada ke patut dia cakap gitu?

Penulis: Oh gitu! Ada bos kamu cadangkan cara yang lain tak?

Mr. X: Ada!, bos saya cadangkan supaya bapa saya naik teksi ke hospital dan saya berikan tambang teksi kepada bapa saya untuk dibayar ke pemandu teksi. Bos lagi kata, suruh bapa saya pergi awal pagi dan bolehlah saya pergi kerja. Saya dengar bos cakap ini, saya kata kat bos ini dah melampau kerana bos wajibkah seorang manager menentukan masalah saya.

Penulis: Dahsyatnya! Apa yang yang hendak kami beritahu kamu tentang isu kamu ini?

Mr.X: Saya dah tak tahan dah! Saya nak lawan bos yang kurang ajar ini tambah pulak saya seorang saja yang hadapi kat bank kawan – kawan buat diam aje.

Penulis: Kamu boleh buat aduan bertulis dan rasmi, cuma kamu kena bayar tunggakan keahlian NUBE sebab kamu dulu dah sertai Kesatuan Dalaman di tempat kamu.

Mr. X: Boleh! Tak banyak saya kena bayar tu abg, saya dah “check” dengan NUBE Ipoh, pada masa tu saya nak pinjam wang dari MBSB itu yang saya register sana.

Penulis: Ok, nanti kami tunggu perkembangan lanjut dari kamu semula.

Begitulah yang terjadi, kepada pembaca sekalian “Buli” ditempat kerja seperti mana saudara kita ini mungkin disebabkan ketipisan semangat berkesatuan. Oleh itu, mudah bagi pihak pengurusan bertindak sesuka hatinya terhadap staffnya.

Fikirkanlah dan sama kita Renungkan!

Laporan GGIT untuk NUBE

Eye counter