Tags

, , , ,


Mentol Bulat

image

DIKEMASKINI VIDEO 2:19 MINIT

Fair Park, 14hb November 2013 – Walaupun hujan mencurah – curah bagai “Rahmat ilahi” namun tangisan, kesusahan dan keresahan untuk 7 keluarga yang menghadapi saat paling sukar menjelang minggu hadapan di Ipoh mendapar simpati dan pembelaan daripada rakan – rakan serta sahabat dalam keluarga NUBE Ipoh pada petang ini setelah pihak NUBE (National Union of Bank Employees Peninsular Malaysia) menerusi NUBE Ipoh melancarkan piket sulung menentang pihak majikan bank yang tetap bertegas untuk memindahkan dan memusatkan 7 orang stafnya dari Ipoh ini ke Puchong Kuala Lumpur mulai minggu hadapan.

image

Sejak awal jam 6 petang , awan di sekeliling bank ini telah menutup setiap ruang menjadikan susana sekeliling bank mendung dan suram iaitu tanda “hari nak runtuh”. Namun, keadaan itu tidak mematahkan hati kami untuk berjuang tak kala selang lima minit kemudian hujan turun selebat – lebatnya.

image

Ketika itu, azam kami sedikit terhalang untuk beraksi dengan selesa kerana hujan lebat tetapi kami tetap meneruskanya dengan ada antara pemiket memakai “Baju hujan” dan Payung membawa sepanduk bersama “Palycard” keluar dari kaki lima bank ke tepi bahu jalan untuk menyatakan kepada orang ramai yang lalu lalang dengan berkenderaan termasuk orang ramai yang sedang menyaksikan dari sekeliling bangunan berhampiran bank ini perkara yang sebenar berlaku di bank berkenaan kepada staffnya yang kini kesusahan akibat ketegasan yang tidak ada perikemanusian.

image

Dalam piket ini, pihak NUBE Ipoh telah dikunjungi oleh pegawai – pegawai daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak yang hadir melihat piket ini secara dekat sambil piket kami ini juga diawasi oleh pihak PDRM (Polis Diaraja Malaysia). Piket “Dalam Hujan untuk Black Piket 1611” ini juga telah disertai lebih kurang 60 orang peserta yang menjayakanya yang terdiri daripada ahli – ahli NUBE di Ipoh dan juga serata Perak.

image

Dalam ucapan penamat pada piket ini, Sdra S Kalaiselvam iaitu Pengerusi NUBE Ipoh berkata “Piket ini adalah langkah untuk mengembalikan tugasan 7 orang ahli NUBE yang ditukarkan ke Puchong kembali bertugas di Ipoh” katanya dipetik.

Laporan NUBE Ipoh untuk NUBE