Tags

, ,


image

Brickfields, Kuala Lumpur 24hb November 2013 – Bertempat di rumah kesatuan National Union of Bank Employees (NUBE) telah diadakan majlis dialog khas bersama Penolong Pegawai Pengarah Pertubuhan Buruh Antara bangsa (ILO) Actrav – Geneva Saudara Raghwan bertajuk ILO Supervisory Mechanisms – How can trade unions ust this mechanisms. Majlis ini juga dihadiri oleh pihakt MTUC (Malaysian Trade Union Congress) yang diwakili oleh presidennya Saudara Khalid Atan serta Exco Saudara Sivanathan.

Selain daripada itu, penyertaan badan bukan kerajaan seperti JERIT dan juga wakil kesatuan luar negara dari NUBE Filipina juga memeriahkan majlis dialog yang julung kali diadakan seumpamanya di Malaysia. Pengajuran majlis dialong seperti ini membolehkan pihak ILO sendiri mendengar lebih dekat aduan permasalah yang timbul di kalangan pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia akibat beberapa laporan yang diterima ILO dari Malaysia.
imageMasalahnya adalah kerajaan gagal mematuhi beberapa polisi dan deklarasi yang telah mereka tandatangai sebelum ini sejak menyertai Pertubuhan ini sejak 50 tahun yang lampau yang terdiri daripada 100 buah negara yang menyertai Pertubuhan Buruh ini di seluruh dunia? Jawapanya kerajaan kita merupakan negara membangun tetapi gagal menjaga kepentingan kaum pekerja dan kesatuan sekerja khususnya kepada membenarkan penubuhan kesatuan dalaman dalam sektor perbankan sebagai mana contoh yang diberi dalam majlis ini. Ini disahkan oelh pihak ILO yang memaklumkan kepada sekalian bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung perkara itu sejak 2011 lagi.

imageMengulas mengenai perkara yang sama, Saudara Sivanathan bertanyakan soalan kepada pihak ILO yang dihadiri oleh Saudara Raghwan mengenai tempoh masa yang ditetapkan bagi pihak ILO menyelesaikan kes seperti penubuhan kesatuan dalaman sedangkan laporan telah dibuat sejak 2 tahun yang lalu. Jawapan yang diterima kepada sekalian hadirin adalah pihak ILO memandang berat aduan dan isu yang dibawakan oleh pihak NUBE ke pengetahuan mereka, namun pihak ILO tidak mempunyai kuasa untuk mengubah sebarang peruntukan dalam undang – undang dalam sebuah negara kerana ianya telah diluluskan oleh parlimen negara berkenaan. Seterusnya pihak ILO akan terus bertindak ke atas isu ini kerana cara yang diguna pakai oleh kerajaan terbabit bertujuan memecah belahkan pekerjanya di negaranya dari segi hak pekerjaanya.

imageDalam hal lain, Saudari daripada Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mengajukan soalan perlaksanaan gaji minima di negara ini tidak relevan dan ingin mengetahui pihak ILO ada memainkan perananya dalam soal gaji minima di Malaysia atau tidak mengetahuinya. Jawapan yang diterima adalah pihak ILO menyokong sebarang usaha kerajaan untuk membantu menaikan taraf hidup rakyat. Pengenalan kepada gaji minima adalah selaras dengan pihak ILO yang mahukan semua pekerja di dunia khusunya di Malaysia berada dalam situasi “Decent Work” iaitu satu kerja yang munasabah untuk pekerjaan mereka.

imageMajlis ini yang telah berlangsung selama 2 jam setengah ini telah menjelaskan pandangan dan merungkai aduan daripada pihak ILO mengenai suasana pekerjaan di negara ini yang tidak mencerminkan perlaksanaan yang telus daripada sebuah kerajaan terutama mengenai hak pekerjaan dan hak berkesatuan. Tambahan lagi, Cara untuk maju kehadapan untuk kaum pekerja adalah terus bersatu-padu pada peringkat akar umbi dan alihkan fokus kita kepada perihal hak pekerjaan dan bukannya pendapatan semata-mata.

Laporan disediakan untuk NUBE.