Tags

, , ,


Mentol Bulat

image

Dikemaskini, Putrajaya, 12.12.13 – Hari ini dalam sejarah setelah pihak MTUC memendam rasa terkilan yang lama terhadap pihak – pihak di Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang gagal menyelesaikan banyak sekali isu – isu buroh di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menjalankan satu Piket Aman dgn 8 tuntutan terhadap pihak KSM supaya objektif keharmonian pekerjaan dapat dipulihkan dengan segera sebelum menjadi barah untuk pekerja di Malaysia.

image

Bercakap di medan piket antaranya Exco pemuda MTUC Sdra Faizal, Sdra Awang Bendahari MTUC, Ahli Majlis Am MTUC Sdra Siva, Sdra Halim Mansor Setiausaha Agong MTUC,Presiden MTUC Sdra Khalid Atan mereka ini semua telah menempelak agensi di bawah KSM hanya “tutup mata” dan pihak KSM berganding bahu dengan majikan cuba membuli dan mencabuli hak pekerja tanpa penguatkuasaan dan penyelesaian baik di peringkat KSM. KSM hanya melihat pihak mahkamah perusahaan yang boleh menyelesaikan masalah pekerja walaupun tanggung jawab penyelesaian berada di tangan Ketua pengarah dan Yang Berhormat Menteri.

image

Sungguh pun perbincangan diadakan namun KSM yang mirip kepada majikan menunjukkan pihak KSM lebih berminat bersahabat dengan majikan sahaja tanpa peduli aduan dan rintihan daripada kesatuan sekerja menurut Saudara Razak yang bertanggung jawab mencetus idea perhimpunan piket ini pada kali ini.

image

Tambahan seterusnya daripada Yang Berbahagia Senator Tuan Syed Shahril iaitu ahli Dewan Negara sudah sampainya pekerja Malaysia bangkit menunjukkan isyarat jelas ketidak kepuasan hati cara kerja pihak KSM kepada umum.

image

Piket berhampiran ke pintu masuk ke Kementerian Sumber Manusia ini telah berjaya menarik penyertaan hampir 200 orang dan berjalan dengan aman selama 2 jam dengan kerjasama yang baik pihak Polis Diraja Malaysia. Piket anjuran MTUC ini juga telah menarik perhatian orang ramai yang balik kerja yang memperlahankan kenderaan masing – masing ketika melalui tempat piket ini.

image

Dalam pada itu, pihak MTUC bercadang ingin meneruskan piket ini selanjutnya disini dengan bilangan pekerja yang lebih ramai lagi jika 8 tuntutan ini masih belum dipenuhi oleh pihak KSM. Maka demikian, pihak MTUC juga ingin menggerakkan piket ini juga ke seluruh negara bertempat di semua KSM negeri masing – masing.

image

Petang yang bersejarah ini telah membawa isu – isu yang hendak dituntut oleh MTUC melalui gabunganya kesatuan yang bernaung dibawahnya. Antaranya penubuhan kesatuan dalaman, pengiktirafan segera oleh KSM kepada kesatuan sekerja selepas undi sulit, Pembuangan pegawai kesatuan sekerja, perlaksanaan gaji minima oleh kerajaan tanpa driskriminasi, umur persaraan 60 tahun tanpa pengecualian dan beberapa tuntutan lain yang boleh dirujuk pembaca sekalian ke laman facebook NUBE Malaysia.

Piket ini juga mendapat penjumlahan yang paling ramai orang daripada Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) yang diketuai oleh Saudara J Solomon. Beliau dengan ahlinya sahaja telah “Memerahkan” kawasan Parcel D di Putrajaya dengan kesemuanya memakai pakaian T – Shirt Merah “Daulat 6413”.

image

Meraka yang kini di timpa musibah besar apabila 49 orang dan keluarga mereka dipisahkan oleh Hong Leong Bank (HLBB) dalam proses “Hubbing and Centralization” berdepan masalah Pertukaran yang tidak dinyatakan oleh pihak HLBB “JUSTIFIKASI” pertukaran berkenaan. Selain itu, mereka juga terbabit dengan pemecatan 2 pegawai utama mereka sejak 2 tahun yang lalu. Ia ditambahkan lagi dengan penubuhan sebuah kesatuan dalaman di sebuah bank walaupun kakitangan bawahan bank itu telah menjadi ahli NUBE sejak 50 tahun yang lalu. Kesemua masalah yang wujud keatas NUBE ini berpunca daripada sikap pihak KSM yang gagal menaganinya dengan baik dan memberikan pihak mahkamah menyelesaikanya.image

Sungguhpun pihak NUBE cuba untuk menyakinkan pihak KSM, namun hasil keputusanya amat mendukacitakan NUBE. Demikian itu, pihak NUBE telah pun mengatur langkah – langkah yang proaktif dan salah satunya adalah hadir dalam piket ini sebagai satu SOLIDARITI pekerja bersama pihak MTUC. image

Hidup Pekerja!!! Hidup Pekerja!!! Hidup MTUC!!!

Sumber daripada Tapak Piket MTUC