Tags

, ,


Mentol Bulat

Sidang pembaca sekalian di ruang santai sembang kali ini menyentuh beberapa individu yang bersemangat perjuangan tetapi tidak dapat meneruskan perjuangan di kala kesihatan dan tanggung jawab menghalang kehendak dan keinginan hati berkesatuan turun ke gelanggang perjuang bersama rakan – rakan seperjuangan.

image

Hakikatnya kini mereka yang Berhati Union ini walaupun terhalang akibat kesihatan namun semboyan perjuangan terus mendapat perhatian mereka ini dengan inisiatif mereka menelefon, sms, whattpp, facebook, twitter atau apa cara untuk mengetahui perkembangan terkini supaya dekat maklumat perjuangan di hati mereka.

Walaupun perjuangan kesatuan kita kini bukan di bank – bank mereka tetapi semangat ingin tahu amat tebal dalam sanubari mereka ini. Jelas, walaupun menyusukan anak setelah sembilan bulan mengandung dan melahirkan kelahiran bayi tersayang, iltizam seorang wanita untuk hadir ke piket kita baru – baru ini amatlah dibanggakan dan harus dipuji. Tambahan pula pada ketika itu beliau sedang bercuti tetapi azamnya untuk hadir atas tiket berjuang untuk rakan – rakan harus dicontohi terutama yang menghadapi situasi “Hubbing and Centraliztion” di sebuah bank terkemuka Malaysia.

11203277965_39f695a686_oSemuaya adalah didikan yang telah diajar oleh kesatuan kita sejak dahulu supaya prinsip “One for All and All for One” tetap subur dan bersemadi dalam jiwa mereka ini hingga boleh mengasingkan kesihatan dan meninggalkan anak menyusu demi sumbangan yang boleh diberikan sebagai tanggung jawab seorang ahli kesatuan yang memberi faedah kepada semua orang.

Menceritakan pula perjuangan yang bertongkat dan bersimen pula tidak kurang menariknya untuk dikongsikan kepada pembaca sekalian. Maklum diketahui apabila kaki dibedah dan seterusnya bersimen sudah tentu pergerakan terbatas dan hanya sedikit pergerakan diperlukan, namun sebaliknya kepada dua insan istimewa ini kerana balutan atau simen di kaki mereka bukan halangan fikiran dan akal mereka tetap berkembang memberikan idea dan kata – kata perangsang kepada rakan – rakan dalam kesusahan di HLBB malahan menyemarakan lagi api perjuangan kepada rakan – karan ahli NUBE di tempat mereka dan sekitar untuk hadir ke piket anjuran kesatuan kita.

1399230_595465100501802_1324378928_oWalau apa pun rintangan bagi mereka ini yang BERHATI UNION tidak sesiapa akan memadamkan api perjuangan mereka dan patut dicontohi pada ahli – ahli yang lain yang masih tidur tanpa kebangkitan semula bagi menyegarkan industri kesatuan sekerja kita bersama lapisan warga berjiwa HATI UNION!

Sumber daripada NUBE IPOH