Tags

,


Mentol Bulat

wpid-DSC_0106.jpgAhad, 26hb Januari 2014 (Wisma MTUC Perak) – Perjuangan memantapkan ilmu di dada berterusan lagi setelah memasuki tahun 2014 apabila pihak MTUC bahagian Perak telah menganjurkan kursus berjadual sebulan sekali mengenai Siasatan Dalaman (DI) di peringkat MTUC bahagian Perak untuk menyungkil bakat di kalangan AJK gabungan untuk dijadikan aset sebagai seorang pegawai perhubungan perusahan yang mewakili MTUC bahagian Perak.

Kursus yang diperkenalkan sejak tahun 2013 ini mengharapkan peningkatan keilmuan dikalangan AJK bahawa banyak kes – kes perusahaan di luar sana memerlukan ramai pegawai perhubungan perusahaan yang mahir mengendalikan kes perusahaan di Jabatan – jabatan seperti JTK (Jabatan Tenaga Kerja), JPP (Jabatan Perhubungan Perusahaan) dan Mahkamah Perusahaan.

wpid-DSC_0108.jpgSelain daripada menghadapi kes – kes di jabatan terbabit serta di mahkamah AJK diharapkan mampu mengalas tugasan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pekerja secara amnya jika khidmat diperlukan.

Dalam kursus ini, banyak hal dibincangkan mengenai isu – isu dan kes – kes yang telah berlalu dan sedang menghadapi terutama satu kes yang mendapat perhatian perserta iaitu penipuan surat sijil sakit atau ringkasnya MC. Perkara MC ini dibincangkan secara kolektif dalam kursus ini yang menjadikan kes ini diulang tayang (lakonan semula) hingga ke tahap perbicaraan semasa Domestic Inquiry dilakukan untuk latihan pengukuhan peserta yang hadir.

wpid-DSC_0107.jpgMelihat situasi di dalam DI ini, penulis berpendapat bahawa bahaya jika seseorang mengambil MC tanpa pesakit tidak hadir ke klinik dan hanya pihak ketiga mengambilnya daripada klinik merupakan tindakan tidak sepatutnya dilakukan bahkan boleh membawa bahaya hingga boleh hilang pekerjaan.

“Jika kita tidak sihat bekerja berjumpalah dengan doktor, tidak perlu suruh orang ketiga mengambilnya pula” kata Sdra P Ponusami tenaga pengajar di kursus ini. Wakil – wakil yang hadir terdiri daripada beberapa kesatuan di Ipoh seperti RUM (Railway Union Malaya), Kesatuan Minuman, MTSU, Yoon Steel Union dan lain – lain.

wpid-DSC_0109.jpgSumber MTUC bahagian Perak