Tags

, ,


Mentol Bulat

wpid-img-20140605-wa0029.jpgManjung – “Selamat datang ke bank kami, kami gembira sekali, tapi PN dah keluarlah saudara!” kata salah seorang IRC. Tambahnya lagi “Pn dah diberitahu kedatangan saudara – saudara semua!” Jawab kami “Apa yang dia katakan kepada kamu?”, Kata manager itu “Buatlah, kenapa mereka datang kesini? Sambil menjebitkan muka dan dahi yang berkerut itu. IRC melakonkan semula mimik muka bosnya itu kepada kami dihadapan pintu bank.

Sebenarnya tujuan kami di jemput oleh ahli – ahli NUBE dibank ini untuk melihat perjalanan AGM bagi IRC (Inter Relation Committee) yang bakal mewujudkan suasana keharmonian ditempat kerja antara majikan dan pekerja khususnya bagi ahli – ahli NUBE di cawangan ini.

Kehadiran kami ini disambut gembira oleh ahli – ahli di cawangan ini, namun ada KEPELIKAN berlaku swaktu berkunjung ke cawangan ini apabila pengurusnya menghilangkan diri ketika kami sampai di bank ini. Kami dimaklumkan sejurus kami sampai pengurusnya telah “Angkat kaki” keluar dari pejabatnya dengan memberikan alasan kepada pegawainya dia keluar “buat sales”.

Niat kami yang ingin sekali berjumpa denganya bertukar kecewa kerana kehadiran kami tidak disenanginya. Malah Meleyapkan diri pula manger ini yang dahulunya kami ada berjumpanya di Taiping Perak sebelum beliau bertukar ke cawangan ini. Kisah manager ini pernah di siarkan oleh penulis sebelumnya.

Walaupun harapan bertemu empat mata dengan manager ini tidak kesampaian, objektif kami untuk melihat lantikan IRC berjalan dengan sempurna. Ahli – ahli disini telah berjaya melantik antara mereka untuk mengepalai sebarang perbincangan dengan pihak pengurusan dengan adanya barisan IRC yang diharap mampu mengalas tugas diamanah oleh rakan – rakan di dalam cawangan tersebut.

Kami dari NUBE cawangan Ipoh mengucapkan syabas atas lantikan tersebut dan berharap hubungan perusahaan antara IRC dan pengurusanya lebih baik disamping hubungan lebih erat antara IRC dan ahli – ahli dicawangan ini dengan NUBE Ipoh.

Laporan GGIT untuk NUBE

Sumber dari KALIMANTANG