Tags

, , ,


Mentol Bulat

image

Simpang Taiping, Dalam kereta menuju ke tol Changkat Jering, masing – masing perut kami sudah berbunyi muzik alunan “krok krak..krok…kruk” selepas menyelesaikan tugasan diberikan bertemu ahli NUBE di Bagan Serai hanya beralaskan segelas kopi/teh ais yang tidak mampu mengeyangkan kami kerana kami tidak makan tengahari lagi.

“Aduhai…kena makan kita ni..perut kena isi nanti masuk angin…gastrik nanti” kata driver. Masing – masing di dalam kereta termenung berfikir dimnakah warong – warong yang “sedap tekak” untuk makan malam yang hampir mununjukan jam 8 malam.

image

Tiba-tiba Salah seorang yang tertidur (Kalimantang) terjaga dari tidurnya dan berkata Jom kita perkena “Koey tiaw Koboi”? “Boleh tu..dah lama tak pekena dengan Koboi. Perut lapo ni mahu 2 pinggan belasah koew tiau ni” bentak Kalimantang yang bernafsu makan setelah tak makan tengah hari.

image

(GAMBAR KOEW TIAW “KOBOI” SPECIAL DENGAN TELOR GOYANG)

Demikian tersebut, driver mencadangkan “Jom kita jemput Abg Din Joint sekali” boleh kita belanja dia dan kita borak panjang di Koboi nanti..”kata pak Driver pula. “Orith..awak ikut je mesti abg Din pun tengah tak buat apa – apa sekarang maklumlah orang dah PENCEN…” kata penulis.

Setelah kami mengambil abg din di rumahnya di Kampung Air Mati, Jalan Kuala Sepetang terus sahaja kami ke Warong Koboi dan memesan 5 koew tiaw Koboi iaitu 2 pinggan untuk Kalimantang dan sepinggan seorang untuk kami yang berempat lagi seperti gambar diatas.

wpid-dsc_0001_14.jpg

(Trade Mark Koey Tiaw Koboi boleh di lihat tepi jalan)

Pada anda yang berhajat untuk menikmati Koew Tiaw Koboi boleh lag GOOGLE mengikut alamat seperti dibawah.

Jangan Ketinggalan menikmatinya…pasti berulang kali hendak datang lagi… Pada yang ingin mencuba menu lain pun boleh memesan menu ikut citarasa.image