Tags

, ,


Mentol Bulat

Setinggi terima kasih dan penghormtan kepada usaha – usaha yang telah dibaktikan untuk memperolehi sebuah Perjanjian Kolektif yang baru antara pihak Malayan Commercial Bank Association (MCBA) dan pihak satu lagi (NUBE) National Union of Bank Employees pada hari ini dalam sejarah bertarikh 18 Jun 2014 yang telah berlalu.

Setelah berganda – ganda usaha dilakukan oleh Ahli – ahli NUBE untuk menghasilkan keputusan bermakna untuk ahli – ahli NUBE. Buah tangan atau durian Runtuh berupa “Selonggok wang besar” ini amat bernilai sekali tak kala Ramdhan datang dan menjelang 1 Syawal yang akan tiba.

Sedarlah Buah tangan atau wang yang kita terima itu adalah natijah kesungguhan dan usaha keras setiap ahli – ahli NUBE yang berkualiti telah banyak berkorban untuk dirinya, keluarganya, rakan – rakan dan kesatuan amnya. Syabas saya ucapkan semoga usaha giat kita akan mendapat balasan tuhan yang maha mengetahui.