Tags

, , , ,


Mentol Bulat

Hampir sebulan kita berpuasa di bulan mulia Ramadhan Al Mubarak dan esok dijangka hari raya bagi umat Islam di Malaysia. Jam 8 malam ini ayah, emak, atok, opah, kakak, abang, adik mesti mengadap TV1, TV3, TV9, Awani501, Radio Era, Radio Hot FM dan macam – macam media perdana semata – mata mendengar pengistiharaan dari Penyimpan Moho Besar Raja – Raja Melayu mengumumkan tarikh hari Raya Aidil fitri bagi Negeri – Negeri seluruh Malaysia jatuh pada ????? “Tunggu malam ini yeee”

Ketika keseronokan ini hampir tiba marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa – mangsa kekejaman Israel di GAZA dan Syiria dan beberpa tempat lain di mana umat islam merayakan Aidilfitri dengan hujanan Bom Mortar dan peluru yang diselubungi ketakutan. Termasuklah juga aruwah – aruwah yang telah meninggalkan kita dalam targedi kapal terbang Malaysian Airlines #MH17 kemungkinan ditembak jatuh di Gradovo, Ukraine, semoga roh mereka dicucri rahmat Allah SWT serta jasad – jasad mereka segera dikenal pasti indentiti oleh forensik secepat mungkin. Jangan dilupakan kepada nasib kru – kru dan penumpang #MH370 yang masih menghilang hingga kini semoga mereka – mereka ini dalam kesejahteraan dan berharap kapal terbang ini ditemui kelak.

Tangisan dan kegembiraan ini adalah musibah besar bagi negara Malaysia tak kala 1Syawal akan menjelma tiba. Ketika ini juga, warga NUBE sudah pun bercuti dan akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bersama sanak saudara, penulis ucapkan selamat memandu dan selamat sampai ke destinasi yang dituju nanti. Gunakanlah wang Arease (tunggakan gaji) dan kenaikan gaji baru itu adalah hasil perjuangan ikhlas NUBE yang tidak pernah berhenti memperjuangkan nasib – nasib pekerja – pekerja bawahan di perbankkan.

Akhir kata dari penulis kita KOSONG KOSONG….Salam lebaran kepada semua.

Poster Raya 2014