Tags

, , ,


Mentol Bulat

Diambang Kemerdekaan Malaysia ke 51 Tahun. Khas untuk sesiapa saja pembaca yang membacanya walaupun sudah habis bulan kemerdekaan

Balai Raya, Kampung Klebang Selatan – Disini Lahirnya sebuah Cinta merujuk kepada tema Hari Kebangsaan 2014 yang bertunjangkan elemen perpaduan nasional. Itulah harapan kerajaan sedia ada untuk melihat Malaysia yang progresif menjelang tahun 2020.

Bakal akan tiba 2020 kurang daripada 5 tahun lagi, mampukah Malaysia bergerak kearah negara maju itu yang masih penulis dan anda belum pasti??? Soalnya mari kita lihat apa yang anak saya katakan malam semalam sewaktu detik 12 tengah Malam di ambang penyatuan Malaysia pada 16 September 1963 yang telah berlalu untuk dihayati oleh sorang kanak – kanak belum mencecah umur 8 tahun.

“Tadi Angah lukis gambar love kat bendera Malaysia…pas tu Angah kaler kan warna merah sebab merah tu cantik..mesti Angah dapat no 1 ayah sebab Angah kaler tak keluar pun garisan” sebuah harapan tinggi kanak – kanak ini untuk menjadi juara.

Apabila anak ini melahirkan harapan tinggi kepada panel penilai, terdetik dihati kecil ini akan kata – kata aruwah ayah saya satu ketika dahulu. Apa katanya “kamu tak tahu nak makan air nasi pun susah zaman Jepun dulu…nak dapat makan air nasi pun 3 4 bulan baru dapat itu pun kalo Moyang kamu pergi ke Bagan Serai.., Moyang kamu pun meniggal kempunan nak makan air nasi..akhirnya dia meniggal…”

Kenapa ayah melarikan diri???

Aruwah ayah merujuk kepada kesusahan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu diawal tahun 1941 yang ketika itu katanya belaiau baru berusia 2 atau 3 tahun. Aruwah ayah terpaksa melarikan diri bersama Moyang, Datuknya dan ayahnya ke Perlop Tanjung daripada TALI BARUT Jepun di Ulu Kuang, Chemor iaitu MAT JASID.

image

Diceritakan oleh aruwah ayah lagi, moyang, datuk dan ayahnya melarikan diri pada mulanya dari Kuala Kuang, Chemor merantau ke Bagan Serai bersama isteri kepada aruwah ayah dan menjadi pesawah dengan mengambil upah.

Namun, kekejaman Jepun ini tidak berakhir kerana MAT JASID tali barut Jepun ini mencari keluarga ayah sampailah ke Bagan Serai. Maka itu, Moyang, datuk dan ayah kepada aruwah ayah serta 2 anak melarikan diri jauh ke dalam hutan dan mendirikan penempatan di Perlop Tanjung, Perak.

Perjalanan ke Perlop Tanjung

Sebuah bayangan menakutkan dicerita oleh aruwah ayah ketika menuju ke Perlop Tanjung. Perlop Tanjung yang kini makin membanngun bersempadan Selama Perak itu pada satu ketika dahulu bukannya sebuah penempatan manusia.

Diceritakan oleh aruwah ayah, kleuarganya yang berpindah ke kawasan itu akibat takut dibunuh oleh MAT JASID mengambil keputusan tergesa -gesa demi keselamatan diri, anak dan keluarga.

Menempuh belukar kemudian menaiki bukit dan turun bukit serta meranduk sungai untuk ke tempat di tuju bukanlah sesuatu yang menyeronokan tapi mencabar. Aruwah ayah yang “Ingat ingat lupa” menceritakan beliau dan adiknya silih bergati didukung dan dijunjung diatas kepala Moyang, Datuk dan ayahnya untuk sampai kekawaasan dikatakan selamat itu.

image

Moyang, datuk terpaksa betarung nyawa dengan pertembungan haiwan ganas ketika itu seperti Gajah, beruang, harimau selain makluk halus, namun rintangan itu dapat diatasi.

Siapa Mat Jasid???

Pada penduduk kampung Kuang, beliau seperti belia kampung lain amat patuh kepada ajaran agama Islam dan sosial budaya masyarakat melayu ketika itu. Ketika Jepun mula menjajah tanah melayu sekitar awal tahun 1941 si Mat Jasid ini menghilangkan diri dan muncul semula di Kuang dan menjadi wakil khas Jepun di kawasan kampungnya.

Dia mula menggangu penduduk Kampung Kuang, Chemor ini seperti pembaca boleh lihat dalam filem “SARJAN HASSAN’ karya Alahyarham Tan Sri P Ramlee. Memeras ugut, menceroboh, menyeksa dan perbuatan tak elok digambarkan sebagai tak eloknya perangainya iaitu seorang anak melayu yang bengis telah berpaling tadah menyokong perjuangan penjajah Jepun sebagai tali barut.

Moyang, datuk dan ayah serta keluarga telah berkali – kali diugut menyerahkan harta bendanya dan dituduh bersubahat menyalurkan maklumat kepada orang Inggeris. Cukup menakutkan ketika itu kerana huru hara tercetus akibat MAT JASID di kampung Kuang yang memaksa Moyang, Datuk, ayah kepada ayah bersama keluarga meninggalkan kampung halaman.

Tanah sekangkang kera di Kampung Kuang dijual kepada saudara sedatuk dengan wang Jepun berguni – guni untuk berhijrah ke Bagan Serai. Wang itu jugalah telah digunakan untuk memanjak sawah padi Bagan Serai dan menyara hidup di tempat baru.

Kubur tak bertanda

Mendirikan penempatan di Perlop Tanjung adalah asing bagi keluarga aruwah ayah kerana inilah tempat yang paling diketegorikan selamat daripada tali barut Jepun si MAT JASID. Moyang, Datuknya, ayah kepada ayah telah membina sebuah pondok berlantai “Batang Ronam” berdindingkan buloh dan beratapkan “Nipah” untuk berteduh.

Akibat perpindahan keluarga ini di penempatan yang belum didiami oleh manusia ini timbullah masalah perhubungan jalan raya, makanan dan kesihatan. Ayah kepada aruwah ayah jatuh sakit bersama datuknya kerana masalah air tercemar di kawasan itu berkemungkinan akibat TAUN. Maka kedua-duanya dikebumikan keduanya di Perlop Tanjung.

Selepas peristiwa sedih itu, moyang telah memanggil adik sepupunya di kampung Kuang, Chemor untuk mengambil ayah dan adik perempuan ayah balik ke kampung. Menurut aruwah ayah, semasa adik sepupu ayah mengambil mereka pulang ke kampung Kuang, Moyang juga dalam keadaan sakit tenat dan meninggal dunia tak lama selepas itu.

Persoalanya hingga ke hari ini adalah semua keturunan kami tidak tahu Tanda perkuburan Moyang, Datuk dan ayah kepada aruwah ayah di Perlop Tanjung. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah Swt beserta doa – doa kami keluarganya.

Putus sudah susu Ibu

Daif sungguh keadaan pada masa itu tak boleh digambarkan oleh Aruwah Ayah hingga beliau yang masih 2 atau 3 tahun tidak dapat mengingati wajah ibunya sendiri.

Cuba bayangkan, aruwah ayah dan adiknya dalam umur 2 dan 3 tahun dibawa oleh ayah melarikan diri daripada MAT JASID ke Hutan Perlop Tanjung meninggalkan isteri di Bagan Serai.

Ibu kepada aruwah ayah tidak mahu ikut serta ke Perlop Tanjung disebabkan padi makin menguning untuk dituai dan bolehlah disimpan padi itu untuk menyara keluarga. Bentak ibu aruwah ayah itu mengakibatkan ayah kepada aruwah ayah meninggalkan isterinya itu kerana terlalu takut buruan MAT JASID keatasnya dan yang lain.

Pilu berenggang dengan ibu itu menyebabkan kata aruwah ayah, dia dan adiknya selalu demam dan meracau tambahan pula berpindah ke kawasan hutan yang “Keras”.  lagi menakutkan. Menangis ketika mecerita kepada penulis, aruwah ayah tidak pernah merasa kasih sayang ibunya itu dan ingin sekali bertemu ibunya di Jannah..In sya allah. Penulis bermohon semoga roh ayah dapat bertemu dengan ibunya nanti setelah kedua – dua mereka pulang menemumi penciptanya.

Ubi Kayu adalah hidangan paling Istimewa

Bukan mudah mencari sebutir beras pada ketika itu, air nasi pun belum tentu boleh dijamah makan. Alternatif kepada kepayahan dan kesusahan mencari beras, semua orang mula mengorek tanah mencari Ubi Kayu, Ubi Batat dan apa saja ubi untuk mengalas perut.

Bahkan ada sahaja kawasan dikesan ubi habis mengerumun orang mengorek Ubi sebagai sumber makanan. Kejadian ini berlaku di Kampung Kuang, Chemor dan juga Perlop Tanjung jelas aruwah ayah.

Ubi yang dicari itu disimpan berminggu – minggu hingga menjadi kayu kerana suasana amat menakotkan diluar sana takot ditangkap atau dipancung kepala oleh Jepun. Itulah makanan utama dan beras menjadi makanan pilihan kedua.

Dipelbagaikan hidangan ubi berkenaan, ada direbus, dibuat serawe dan macam – macam lagi semata – mata untuk ganti nasi.

Yatim Piatu

Kambalinya aruwah ayah ke kampung halaman di Kuang, Chemor suasana kejepunan masih hebat melanda. Pada ketika itu jugalah, aruwah ayah menerima maklumat yang ibundanya juga telah meninggal dunia di Bagan Serai tanpa mengetahui punca sakitnya. Hingga aruwah ayah kembali ke ilahi kubur maknya tidak diketahui tanda dikebumikan. Penulis berdoa agar roh opahku ini dicucuri rahmat.

Demikian itu, jatuhlah status “ANAK YATIM PIATU” kepada ayah dan adik perempuan kecil. Namun, perjuang hidup dua beradik ini perlu diteruskan tak kala ibu bapa telah tiada. Nasib malang itu ditumpangkan kasih dengan mak sedaranya (Aruwah Makcik) hinggalah……

Lamunan Terhenti

“Di umumkan pemenang untuk hadiah pertama paraduan mewarna kanak – kanak sempena Di Ambang Malaysia 2014, Kampung Klebang Selatan jatuh kepada Hasmanajwa Syahirah” pengumuman dari MC malam itu.

Hilang lamunan mengenai aruwah ayah ketika anak yang mewarna dan melukis tadi menang tempat pertama peraduan dan menerima hadiahnya. Penulis amat teruja dan gembira diatas kemenangan anak kecil ku ini.

Angahku ini amat gembira dengan hadiah buku cerita yang dia perolehi hasil kerjanya itu sambil adik paling kecil Terkebil – kebil matanya melihat hadiah si Angah perolehi.

Sampuk seorang datuknya disebelahnya sana, “Yeah angah dapat hadiah Angah…bestnye”..tiba-tiba Mikecrofon singgah ditangan atuk untuk berkata – kata kerana cucunya baru sahaja menang peraduan.

Atuk terus berkata “Hargailah kemerdekaan ini dan cintailah negara ini sebab kemana kita nak lari..hidup kita disini…mati kita disini…keluarga kita semua disini..orang dulu – dulu berkorban demi kita kini..Sayangilah Malaysia!!!”.

Bicara penulis

Terima kasih kepada yang membaca tulisan ini, namum yang pasti kemenangan dan kemerdekaan ini wajib dipelihara tapi coraknya pada masa depan belom pasti akibat perjuang hidup memerlukan kasih sayang dan kewangan yang stabil barulah mampu meneruskan hidup di bumi bertuah ini.

Perjalanan hidup aruwah ayah menjadi azimat penulis untuk diingati supaya keadaannya sebelum ini tak terjadi kepada aku dan keluarga serta keturunan aku selepas ini.

Payah hidup aruwah ayah dengan Melantak Ubi tidak pula dirasai oleh penulis dan anak – anak tetapi jangan satu hari nanti anakku atau cucuku atau cicitku pula MELANTAK UBI.

Doakan mereka yang telah pergi dicucuri rahmat dan sebahagian atau pun pejuang kemerdekaan yang telah pergi dicucuri rahmat Allah juga hendaknya.

SELAMAT HARI MALAYSIA KE 51 TAHUN!!!

image