Tags

,


Mentol Bulat

Umum semua manusia sedia maklum, Jin adalah makluk tuhan tetapi mereka tidak kita lihat dengan mata kasar kita. Jika kita boleh melihat rupa parasnya sudah tentu kita tak mahu melihatnya.

kuntilanakNamun, kejadian melihat JIN dengan kedua – dua bijik mata oleh staff di bank berkanaan telah terjadi di selatan negeri Perak. Ketika pihak bank mengubah kedudukan Bilik Kebalnya “”Strong Room” dalam pengubahsuaian bangunan bank, timbul pula gangguan makluk Jin yang tidak berpuas hati tempatnya atau lebih tepat “Rumah” di ganggu oleh manusia yang berusaha mengubah kedudukan asal “Strong Room” dari kanan ke kiri dari kedudukan asalnya.

Semua pekerja yang terlibat dengan ubahsuai “Strong Room” di ganggu hingga demam, ketakutan serta berhenti kerja kerana tak tahan ganggu JIN itu. Tambah pula, staff di bank itu pun diganggu hingga salah seorang Ketua Juruwang “Meracau” akibat gangguan berkenaan.

“Kenapa kamu ganggu rumah kami..sudah berpuloh – puloh tahun kamu tak kacau kami..barang kami di ubah-ubah” kata JIN berkenaan kepada Ustaz itu. Ustaz yang berpengalaman itu menceritan kesukarannya untuk mmindahkan makluk berkenaan kerana JIN itu telah menetap di Strong Room itu berpuloh – puloh tahun lamanya. Akhirnya ustaz yang berpeluh – peluh itu berjaya dalam perbincangannya itu lalu memindahkan 7 mahluk JIN itu ke dalam botol mineral setelah mengambil masa selama 3 jam berbincang.

Sebelumnya ustaz itu telah berzikir kepada Allah mulai jam 11:30 malam dan proses keseluruhan berakhir jam 4 pagi. Untuk pengetahuan semua, tapak asal bangunan bank ini dahulunya adalah sebuah kuil Hindu dan kemudian kawasan itu dimajukan menjadi deretan rumah kedai.

sumber dari ahli – ahli NUBE