Tags

, ,


Mentol Bulat

Nota kaki: Setiap kali hujan lebat fikiran ku mesti memikirkan cerita aruwah ayah kejadian banjir terburuk di Kuala Kangsar. Menurut ayah banjir terjadi akibat air pasang besar di hulu Perak hingga menyebabkan AIR BAH di Kuala Kangsar. Katanya lagi, pada masa itu empangan yang baru dibina adalah Cenderoh tetapi empangan Temenggor masih bellum dibina lagi.

Bukit Chandhan, Kuala Kangsar – Rumah kelahiran aku ini telah bertapak disini lebih seratus tahun menceritakan pelbagai kisah dan tragedi terutama kejadian AIR BAH (Banjir) yang teruk didaerah Kuala Kangsar pada 06hb Januari 1967.

Rumah yang kini masih diduduki dan masih tegak bediri ini telah pun merasai musibah BANJIR terburuk di daearah Kuala Kangsar hingga ke KAKI TANGGA rumah ini.

wpid-wp-1414455283169.jpeg

(Rumah kami sekeluarga)

 “Patutlah aruwah mak kata kat kita air banjir naik sampai kandang kambing belakang tu” abg memberitahu melalui cerita aruwah maknya bahawa air banjir yang naik telah menenggelamkan kandang kambing peliharaan dan bawah rumah kami, tinggal sahaja rumah yang dibahagian atas sahaja.

wpid-wp-1414455347105.jpeg

(Pandangan Menara Jam Kuala Kangsar yang Tenggelam)

wpid-wp-1414455434538.jpeg(Pandangan keadaan bandar Kuala Kangsar kena berperahu)

wpid-wp-1414455386541.jpeg(Pandangan Istana Iskandariah yang terselamat tetapi dikelilingi banjir besar)