Tags

, ,


Mentol Bulat

Apabila musim cuti sekolah hujung tahun bermula, mulalah kotak fikiran ini berfikir untuk membawa anak – anak dan isteri bercuti sama ada dalam atau ke luar negara. Kali ini tanpa berfikir panjang dan tempoh 3 minggu sebelum cuti sekolah bermula kami sekeluarga menetapkan hati untuk bercuti ke Acheh, Sumatera Utara, Indonesia.

Pasti pemikiran saya bermain “Tak bahaya” berkunjung ke lokasi yang pernah dilanda musibah gempa bumi dan disusuli dengan Ombak gergasi menghempas dan meranapkan Banda Acheh.

Namun itu semua adalah tanggapan silap saya sahaja tapi apa yang sebaliknya jika kita ke Banda Acheh ini amat menyeronokkan dan menginsafkan kita sendiri. Yang penting sangat kita tahu siapa kita di sisi Allah SWT, kita makluk kerdil yang terbatas fikirannya.

Lihat lah foto – foto yang diambil sebagai pengganti BICARA perjalanan saya sekeluarga ke BANDA ACHEH selama 4 hari 3 malam.

1 hari pertama ~ nak pergi atjeh

Berlepas dari KLIA2 dan berada diawan biru dengan penerbangan Airasia

2 Hari pertama ~ sampai atjehSampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Kuta Alam, Sumatera Utara, Indonesia

3 hari pertama ~ perkuburan masal sironMelawat perkuburan Tsunami di Masal Siron yang menguburkan mangsa Tsunami seramai lebih 45,000 orang
4 hari pertama ~ mkn tgh sampai Specific atjeh
Makan tengah hari di Rumah Makan Specific Acheh
5 hari pertama ~ lawatan Masjid Raya Baitulrahman

Singgah sembahyang Jamak Takhir dan melawat ke Masjid Raya Baitul Rahman yang diselamatkan Allah dalam Tsunami 2003
6 hari pertama ~ sent off ke Makkah hotel Check in Hotel penginapan di Makkah Hotel, Kuta Alam, Sumatera Utara, Banda Acheh7 hari pertama ~ Panorama indah di Pantai Lampuukk Istirehat dan mengunjungi Pantai Lampook yang terkena Tsunami 2003. Kesan masih boleh dilihat iaitu pelabuhan yang dihancurkan oleh ombak gergasi8 hari pertama ~ Lawatan Masjid Tsunami Baitulrahim Singgah sembahyang Maghrib dan Jamak Takdim di Masjid Baiturrahim yang diselamatkan Allah dalam kejadian Tsunami. Kampung sekeling hancur lebur tapi Masjid Berdiri kukuh. Belakang Masjid adalah laut lepas iaitu Lautan Hindi. 9 hari pertama ~ Makan malam di Restoran Ayam Lepas Makan malam yang menyelerakan dengan set makan di Restoran Tempatan AYAM LEPAS10 hari kedua ~ Sarapan pagi di hotel MekkahHari kedua bersarapan pagi di Hotel Mekkah sebelum melakukan lawatan11 hari kedua ~ Lawatan ke Makan Iskandar Muda dan Galeri Acheh Melawat Makam Sultan Iskandar Muda pemerintah Acheh seangkatan dengan Kesultanan Melalyu Melaka dan Galeri Acheh12 hari kedua ~ Lawatan ke Gunongan (Tmn permainan isteri Sultan Iskandar Muda - Puteri Pahang) Berkunjung dan melawat monumen sejarah di Gunongan iaitu tempat permainan Puteri Pahang isteri kepada Sultan Iskandar Muda13 hari kedua ~ lawatan ke Muzium Tsunami Lawatan rasmi ke MUZIUM TSUNAMI ACHEH14 hari kedua ~ Lawatan ke PLTD Apung Menyaksikan ke ajiaiban kapal terdamapr PLTD APUNG yang terdampar sejauh 7 kilometer di sebuah kampung akibat tolakan ombak Gergasi Tsunami. Dalam kapal ini ada 4 orang semasa kejadian Tsunami, 3 orang telah terjum ke laut apabila melihat ombak setinggi pohon kelapa datang ke kapal ini tetapi seorang lagi berada dalam dek kapal dan masih hidup kerana pada masa kejadian beliau tertidur.15 hari kedua ~ Mkn Tgh di Rumah Mkn Al Hidayat Makan tengah hari di Rumah Makan Al Hidayat yang menyasikan menu Aceh sebenar makan dalam daun pisang16 hari kedua ~ Jamak Taqdim di Masjid BAitul Musyuhadah Singgah sembahyang Jammak Takdim di Masjid Topi @ Masjid Baitul Musyadah17 hari kedua ~ Lawatan ke Masjid Rahmatullah Tsunami yg diselamatkan Allah Inilah gambar yang selama ini tidak diketahui, saya ingatkan ia adalah Masjid Raya Baitulrahman tetapi ia adalah MASJID RAHMATULLAH, LAMPUUK, LHOKNGA, ACHEH BESAR. MASJID YANG DIREMPUH OMBAK TSUNAMI SETINGGI 2 POHON KELAPA TETAPI DISELAMATKAN ALLAH. Kampung keling hancur lebur, penduduk yang hilang hingga sekarang seramai 6000 masih belum diketemui.18 hari kedua ~ Lawatan ke Pantai Looknga (Kws Tsunami Gergasi Terbentuk) Inilah Pantai LOKNGA, saksi kejadian Tsunami 2003

19 hari kedua ~ Lawatan ke rumah pahlawan Acheh (Chut Ngak Dhien) Rumah pahlawan Acheh yang berperang dengan Belanda CUT NYAK DHIEN20 hari kedua ~ Lawatan ke Kubah Mesjid Tsunami Ini monumen Kubah yang dihanyutkan ombak Tsunami sejauh 2 kilometer dari masjid asalnya yang hancur lebur. Ketika kejadian kubah yang hanyut ini membawa seramai 7 orang diatasnya dan terselamat21 hari kedua ~ Mkn malam di Restoran Ayam Kampung Makan malam di Restoran Ayam Kampung22 hari ketiga ~ Sembahyang subuh berjemaah di Mesjid Agong Al MakmurSembahyang subuh berjemaah pada hari ketiga disini. Mesjid ini juga telah hancur oleh Ombak Tsunami tapi dipulihkan semula oleh dana dari negara Turki (Masjid Agong Al Makmur)23 hari ketiga ~ Sarapan pagi di Mekkah Hotel Bergambar keluarga dan bersarapan di Hotel Mekkah sebelum memulakan lawatan24 hari ketiga ~ Lawatan ke Makam Wali Allah Syeik AbdulRauf Melawat ke Makam wali Allah Syeikh Abdurrauf bin Ali Alfansuri. Makan ini juga terkena ombak Tsunami namun Makan ini tidak terjejas.25 hari ketiga ~ Lawatan ke Bot Atas Rumah Bot Nelayan yang tersangkut diatas rumah Makcik Abasiah Gampong Lampulo telah menyelamtkan 59 orang semasa ombak Tsunami melanda kampung ini26 hari ketiga ~ Shopping dan beri anak main di MATAHARI shopping Complex Ber Shopping di MATAHARI Mall dan anak bermain permainan disini27 hari ketiga ~ Mkn tgh di Rumah Mkn Trienggadeng Makan tengah hari di Rumah Makan Trienggadeng yang enak28 hari ketiga ~ Beli belah di Pasar AtjehMembeli belah di Pasar ATJEH. Jangan lupa singgah jika berkunjung ke Banda Aceh
29 hari ketiga ~ Singgah ke rumah Anak Yatim Serambi Malaysia Mengunjung anak – anak yatim dan miskin di Serambi Malaysia kerana dana pembinaan rumah ini disumbangkan dari Malaysia. Sempat berceloteh dengan pengetua pusat Ustaz Bakri30 hari keempat ~ Bergambar di Hotel Mekkah dan Masjid Agong Al Makmur selepas sarapan pagi Bergambar lagi di Hotel Mekkah pada hari terakhir di Bandar Aceh31 hari keempat ~ Mkn Tgh Hari di Rumah Makan Delima Baru Makan tengah hari sebelum penerbangan balik ke Malaysia di Rumah Makan Delima Baru32 hari keempat ~ OTW balik ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Sementara menunggu pesawat AK0422 balik ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda33 hari keempat ~ Dlm pesawat terbang AirAsia utk pulang Semasa diawan biru dengan penerbangan AK0422 Acheh ke KLIA234 hari keempat ~ Sampai pulang ke KLIA2Gembira disaat kemnali ke Malaysia di terminal Antarabangsa KLIA2