Tags

, , , ,


YA Allah sedihnya… KISAH
SEORANG ISTERI CURANG..
image

Baca dan jadikan pengajaran..
Biasalah hati seorang wanita
walau dah berkahwin jumpa
lelaki tampan macam-macam
fikirkan…

Hari ini aku harus berterus-
terang. Luahkan segalanya
pada suami.Aku nak minta dia
lepaskan aku. Ceraikan.
Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.
“Awak jangan risau. Saya janji
akan bahagiakan awak. Kuatkan
hati, kuatkan tekad. Tak guna
hidup bersama kalau dah tak
cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah
6 bulan ku kenali. Tua dua
tahun dariku. Bermula kenal
dari Instagram bisnes
tudungku. Dia tawarkan diri
untuk jadi jurugambar
professional. Kerja sebenarnya,
arkitek di sebuah syarikat
ternama. Hasil dari gambar-
gambar cantik yang diambilnya,
bisnes tudung makin
bertambah maju.

Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar
deposit kereta baru.
Dari hanya bisnes, akhirnya
hubungan kami jadi rapat.
Suamiku langsung tiada syak
wasangka. Sangkanya cuma
rakan perniagaan. Suami
sendiri kenal pemuda itu.
Malah, dia sendiri yang hantar
dan ambilku ke studio untuk
photoshoot.

Dalam diam, pemuda itu
meluahkan rasa cintanya
padaku. Aku pada mulanya
berat untuk menerima. Status
‘isteri orang’. Namun, lama-
kelamaan aku mengakui punya
rasa yang sama dengannya.
Cinta tidak bertepuk sebelah
tangan. Katanya, dia kagum
dengan kecantikan dan
kelembutanku. Matang dalam
berfikir, bijak dalam bisnes.

Bernikah seawal umur 21. Hayat
perkahwinanku dah menginjak
tangga lima tahun. Dikurniakan
seorang cahaya mata lelaki.
Suamiku kerjanya biasa saja.
Seorang despatch. Itulah
kerjanya sejak awal bernikah
sampai sekarang. Kadang-
kadang kerjanya itu sampai ke
petang. Kadang sampai ke
malam andai ada masalah.

Semua kiriman dan surat perlu
sampai tepat pada masa.
Suamiku itu umumnya baik.
Tapi, selalu kami bertengkar
juga. Masalah dia terlalu sibuk.
Tiada masa untuk anak dan
keluarga. Balik lewat petang,
dah sangat penat. Nak buat
overtime lagi. Katanya nak cari
duit lebih, nak beli rumah. Tak
mahu lagi menyewa. Tiga
empat bulan ni, dia struggle
untuk tujuan tu. Banyak kali dia
balik rumah, aku dah tertidur
pun.

Aku pula cuma suri rumah
yang ada bisnes tudung di
internet. Akhir-akhir ni,
pendapatanku lebih lumayan
berbanding suami. Minggu
lepas kami bergaduh besar. Dia
sangka aku nak menunjuk-
nunjuk aku lagi lebih darinya;
nak tunjuk aku dah ada duit, so
aku nak belikan segalanya
dalam rumah. Hatta kepada
kereta pun. Dia rasa kecil hati
tak pasal-pasal. Malas aku nak
bertekak. Tension bila niat baik
disalahfahami. Pertengkaran
berlanjutan.

Bila aku stress, aku adukan
masalah pada pemuda si
jantung hati. Dia sangat
memahami. Malah, mampu
menenangkan aku. Aku rasa
damai di sampingnya.
Malam ni aku tekad. Aku nak
bercerai.

Aku tunggu dia balik kerja.
Lambat sangat sampai aku
tertidur.
Bila bangun, dia tak ada di
sebelah. Aku tengok motornya
dah ada di parkir.
Aku melangkah ke bilik anak.
Nampak pintu sedikit terbuka.
Ternampak kelibat suamiku di
dalam. Aku mematikan langkah
sekadar di luar pintu.

Aku menantinya keluar dulu dari
bilik anak. Tak mahu anak
terdengar nanti. Berdiri di sisi
dinding bilik anak. Telingaku
terdengar anak dan ayah
sedang berbual. Menangkap
jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita
pasal Nabi Muhammad saja?”
Si ayah tersenyum menjawab,
“Sebab ayah nak anak ayah ni
tiru Nabi. Tak ada cerita yang
terbaik selain cerita Nabi. Buku
cerita lain hanya berkisar
tentang fantasi, fairytales.
Sedangkan tu semua tak wujud.
Khayalan. Namun, Nabi kita
wujud di realiti. Malah, menanti
umatnya di akhirat kelak. Hero
kamu bukan ayah, bukan
watak-watak komik cerita
fantasi. Hero kamu adalah Nabi
Muhammad. Bukan sekadar
bedtime stories.
Ayah tak tahu banyak, jadi ayah
bacakan saja dari buku Biografi
Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah
belajar setakat STPM saja. Ayah
tak pandai. Ayah orang miskin.
Tak ada siapa pun ceritakan
tentang Nabi secara terperinci
pada ayah. Atok pun tak
pernah. Jadi, ayah tak nak kamu
jadi macam ayah. Ayah nak
kamu jadi dewasa untuk jadi
seperti Rasulullah. Berjaya di
dunia dan akhirat. Andai suatu
hari kamu tak berjaya di dunia
sekalipun, kamu miskin
sekalipun. Harapnya kamu tak
miskin agama. Pegang kuat apa
yang ayah cakap ni, ya?”
Si anak mengangguk. Senyum.
“Malam ni, ayah nak pesan apa-
apa sebelum saya tidur?”
Si ayah menjawab ringkas,
“Ada. Ada seorang ustaz kata,
kita kena berinteraksi pujuk
anggota badan kita sendiri.
Motivasi anggota badan supaya
tak buat benda-benda tak elok.”
“Macam mana tu, ayah?”
“Misalnya, ambil masa seminit
dua, sambil gosok tangan,
cakap pada tangan, ‘Hei tangan,
hari ini jangan buat maksiat
tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki,
hari ni kita melangkah ke masjid
ya.’ Usap mata pula dan kata,
‘Wahai mata, hari ni nak melihat
yang baik-baik saja. Nak
tundukkan pandangan.’
Beritahu dengan seluruh
anggota badan yang selalu buat
benda tak baik, ‘hari ini, kena
takut pada Allah. Jangan buat
maksiat, okay?’.”
Si anaknya tersenyum.
“Jadi, saya kena beritahu mata
saya, ‘Wahai mata, hari ni
jangan tengok kartun banyak
sangat. Tengoklah Al-Quran!’”
“Pandainya anak ayah!”
Si ayah mencium dahi anaknya.
“Dah, tidur ya? Baca doa tidur
sama-sama. Allahumma
Bismika Ahya Wa Amut. Ya
Allah, dengan nama-Mu aku
hidup dan aku mati. Amin…
Baiklah. Jumpa malam esok
pula.”
Si ayah bangun dan nak keluar
bilik. Tiba-tiba tangan si ayah
digapai si anak. Menangguh
langkahnya.
“Ayah sayang saya tak?”
Ayahnya tersenyum.
“Sayang sangat.”

(“Sayang umi tak?”
Ayahnya tersenyum lagi.
“Sayang. Lebih dari kamu tahu.
Saat ayah tiada apa-apa dalam
hidup, umimu itu sanggup
terima ayah jadi suaminya. Baik
kan hati ummi?
Sayang ayah pada umi, sampai
menutup mata. Sampai akhirat
sana.”
Anaknya tersenyum lebar
sampai terlelap.)

**
Suamiku melangkah keluar bilik.
Langkahnya terhenti.
Aku menanti di luar bilik. Basah
sudah pipi ini dengan air mata.
Mengalir tanpa henti. Sungguh
hati ini terusik sangat dalam.
Aku tak tahu pun suamiku itu
setiap malam berada di sisi
anak bercerita tentang
Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku
sangka suami itu langsung tidak
peduli.
Sungguh, aku khilaf!
Ku capai tangan suami. Ku
salami tangan kasar itu.
“Awak ok ke?”
Suami kaget seketika.
“Maafkan saya, abang. Maafkan
saya. Selama ini, saya curang
dengan abang. Saya isteri
derhaka. Maafkan saya.
Ampunkan saya, bang.”
Suami mengusap ubun-ubun
kepalaku.
“Abang dah lama tahu… Abang
maafkan..”
Suamiku itu senyum. Tapi,
ternyata ada hambar di
wajahnya.
“Awak cinta lelaki cameraman
tu? Kalau awak cinta dia dan
dah tak cinta abang, abang rela
korbankan kebahagiaan abang
demi melihat awak bahagia.”
Kerana terpaksa, dia relakan.
Rela lepaskanku. Bagai nak
luruh jantungku ketika itu.
Menggigil tangan. Seram sejuk.
Aku yang tadi rasa diri kuat nak
minta cerai, sekarang dah kaku
terus. Tak berdaya. Dalam
terketar-ketar, ku kuatkan hati.
Sebak mencengkam rasa. Air
mata tak daya diseka.
“Tak nak…tak nak..Saya nak
abang seorang je…Nak ke
Syurga dengan abang…bawa
anak kita sama..”
Lantas suamiku itu tersenyum.
Kali ini riaknya ikhlas riang.
Tumpah air mata lelakinya di
hadapanku.
“Jangan ulang lagi…Hargai
abang..boleh?”
Ringkas saja tuturnya dalam
sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin
dan bertengkar bukan kerana
aku ada duit banyak, ada duit
lebih. Tak, dia marah dan sakit
hati bila dapat tahu tentang aku
dan pemuda itu.
Disembunyikan sedaya boleh.
Aku mengangguk mengiyakan.
“Tak kisah suami awak ni
miskin? Tak kerja best?”
“Tulusly, tak kisah!”

***

Mesej Whatsapp masuk. DP
pemuda kacak. Si cameraman
merangkap arkitek.
“Macam mana? Dah selesai?”
Aku membalas ringkas mesej
itu.
“Maaf. Saya putuskan untuk
memilih setia. Kita selesai di
sini. Lepas ni, suami saya
sendiri yang akan jadi
cameraman.”
Mesej masuk lagi.
“Tapi..tapi…kita kan sama-sama
menyintai! Dah janji sehidup
semati!”
Aku terus tekan uninstall
Whatsapp. Buang sim.
Patahkan.

Depan suami.
Dalam hati, enggan lagi
melukai. Insan yang lama setia
di sisi.
Enggan kerana indahnya
mahligai harapan yang belum
jadi kenyataan, setia sanggup
ku korbankan.