Tags

, ,


Sebelum bertolak ke IJN. Ibu mahu ayah bersedia & redha jika apa² berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas utk pesakit kritikal.

image

5 April 2011- Ibu telefon sekolah asrama kakak yg sulung di Seremban. Ibu minta pelepasan daripada cikgu utk benarkan kakak pulang.

“Adik tenat. Saya mahu kakak²nya berada di sampingnya pd saat terakhir!”

Itu kata² ibu pd cikgu & akak diizinkan pulang pd hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yg sinonim merawat abang datang melawat.

Ibu memang rajin bercerita dgn Dr. Adura. Kebetulan ibu ceritakan yg ibu terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise utk abang tengah hari ini.

Rupa²nya, tengah hari itu datang tetamu yg juga rakan² alam maya Dr. Adura membawa kek lori yg abang mahukan sebelum ini.

Ada 2 kek mereka bawa. Ibu tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang & ramai yg mahu menyediakan kek yg abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat & doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun utk abang. Tp abang kurang ceria, wajah abang tampak letih & nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu dtg membawa kek berbentuk lori warna pink utk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tp hati ibu dpt rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati ibu. Malam itu, hanya ibu berdua dgn abang di dlm bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yg semakin lesu & pucat. Ibu duduk di sebelah abang, ibu peluk & usap rambut abang. Ibu menangis teresak² bagai anak kecil.

Dlm tangis itu, ibu katakan pd abang: “Ibu tahu abang nak senangkan hati ibu. Abang tak perlu buat macam tu. Ibu tahu abang nak pergi.”

“Jgn tahan² abang. Pergilah. Ibu sudah sedia. Mak redha segalanya. Ibu puas dpt sempurnakan apa saja hajat yg abang pinta. Ibu juga bangga krn Allah hadirkan abang dlm hidup ibu walaupun seketika!”

Abang hanya diam, memandang ibu dgn pandangan lesu. Dan ketika itu ibu menangis sepuas²nya. Dan ibu berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, ibu tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

9 April 2011- Pagi itu ibu pesan pd ayah agar bawa semua anak² datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Ibu lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap² menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak mlm tadi. Makan minum pun tak mahu. Pukul 8 pagi, abah & kakak sampai.

Ibu suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Ibu suruh ayah baca juga, tapi bacaan ayah tersekat² krn cuba menahan tangisnya.

Pukul 3 petang, abang makin lesu. Lantas ibu ajak abang keluar berjalan².

“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”

Abang hanya mengangguk lemah. Ibu dukung abang & kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu ibu.

“Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?”

Ibu tunjuk pd abang sinar matahari yg kelihatan di celah² rintik hujan yg turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. Kemudian, abang menguap.

“Abang ngantuk!” Itu kata abang & kemudian abang terlentuk semula pd bahu ibu.

Tiba² jantung ibu berdegup kencang.

“Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Ibu terus ajak ayah & kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.”

Ibu tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, ibu baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dlm nada yg lemah: “ibuuuu..sakit perut..!”

Dan abang terus memanggil: “Ibuuuu!”. Suara abang perlahan & amat sayu bunyinya. Lantas ibu letak tapak tangan ibu atas dahi abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, ibu redhakan abang pergi. Ibu halalkan segala makan minum abang. Ibu halalkan air susu ibu utk abang.

Pergilah abang. Ibu izinkan abang pergi!”

Ibu ucapkan kata² itu sambil merenung jauh ke dlm mata abang yg semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, ibu panggil kakak² agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu² & mula meraung & menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Ibu tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dgn tangisan kamu!”

Ibu marah mereka buat begitu pd abang. Ibu tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Ibu tahu, abang akan jadi lebih sedih & berat hati utk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Ibu tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang utk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yg ada dalam bilik juga menangis, ibu suruh jururawat keluar & tutup tirai bilik itu. Ibu tak mahu org luar lihat. Ibu tak mahu ada org menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi ibu masih mampu tersenyum.

“Pergilah abang. Ibu izinkan. Ibu izinkan.. pergilah..!”

Dan perlahan² mata abang yg layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pd jari ibu semakin lemah & akhirnya terlepas.

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini.

Innalillah…

Ibu kucup dahi abang. Ibu bisikkan di telinga abang:

“Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, ibu juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu ibu di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang ibu dah dapat jawapanyya. Mengapa ibu tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yg akan membantu ibu di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah ibu tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati ibu.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah ibu langsaikan semasa hayat abang. Ibu telah sunatkan & buat akikah utk abang.

Keempat, ibu telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang & menggembirakan abang setiap saat & waktu.

Kelima, ibu rasa istimewa dipilih Allah utk mendapat anak seperti abang. Ibu jadi ‘kaya’ dgn kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, & kaya pengetahuan.

Ibu telah beri segala²nya melebihi 100% utk abang. Ibu telah beri yg terbaik & ibi telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu ibu tak perlu menangis lagi.

Abang.. Biarpun kini hidup ibu & ayah terasa sunyi & kosong tanpa abang, ibu akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat² terindah kehadiran abang dlm hidup kami biarpun cuma sebentar.

lepas baca tolong SHARE ?